Jumaat, 23 November 2012

November 2012


Suka.
Tips untuk bermotivasi di hari yang baru. Memandang cermin sambil berkata, "Hari ni aku cantik!"
Kata adik ku jika lakukan sebegini di pagi hari, hari kita akan lebih berkeyakinan dan bermotivasi.
Teringin buat.

Syukur.
Sudah 2 tahun lebih hidup berdikari, jauh daripada keluarga. Sedar. Hidup ini baru sahaja bermula. Belajar untuk bersosial. Matang. Dahulu kawan dalam rumah, umi,abi,azz,mayah,irah,ei'ei,a'ad,ibah,unais,iyah.

Tapi sekarang sudah bertambah. Berganda-ganda. Setiap kali bertemu kawan yang baru, pasti berdebar-debar. Hati cuba-cuba tenang, "Ok apa kita nak buat sekarang?" Harapkan respon yang lebih. Hampa. Mulakan semula, "Hai akak sihat?". Balas, "Alhamdulillah sihat, Nadia sihat?". Senyum.

Hidup bermasyarakat perlukan kerendahan hati. Jika ego menguasai, alamatnya tiada kawan lah kita. Juga kesabaran yang tinggi. Bukan semua orang faham ragam kita. Juga bukan semua ragam orang kita fahami.

Nikmat.
Mengamalkan Islam dalam diri. Baru sedikit ilmu Islam diketahui, hati sudah benar-benar terharu, 'Akukah penerima watikah besar ini?' Cuma setitis ilmu Islam diberikan Allah. Berat. Sangat sukar. Memahami, menanamkan dalam diri dan mengesani orang lain.
Allahumma a'izzana bilislam wa a'izzal islama bina.

Nasib Islam.
Dunia hari ini sangat tenat. Kita bukan berperang dengan orang kafir yang secara terang tidak beriman, tetapi kita berperang dengan orang Islam, saudara seakidah kita yang berfikiran sekular, liberal, atheis dan pelbagai pemikiran.

Irsyad Manji, katanya islam tetapi menghalalkan hubungan sama jenis. Faruq Musa, 'Umat Islam sekarang terpaksa mengamalkan sekular dan demokrasi kerana negara Islam tidak disebut di dalam Al-quran'.

Apakah respon kita apabila berhadapan dengan pemikiran sebegini?
Yakin. Jika kita tidak memahami asas Islam sebenar, kemungkinan pendirian kita akan tergugah. Betul juga kata Faruq Musa ni.

Jadi, manakah yang lebih berbahaya?
Apakah tindakan kita?
Faham Islam daripada asas. Tahu perkembangan dan strategi musuh. Kuasai bahasa. Kenali medan perjuangan. Mungkin satu kesukaran jika dipermulaan. Tetapi peperangan ideologi ini tidak akan dimenangi oleh Islam jika kita masih bersenang lena dibuai mimpi indah. Berpeluk tubuh menunggu orang lain memulakan. Ayuh mulakan!

'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah diri mereka sendiri


Nahdiyyah bt Rushdan

Siswazah Syariah Islamiah Al-Azhar

Kaherah, Mesir.






Tiada ulasan: