Khamis, 26 Julai 2012

Masa Depan

Merenung kalam taujihat Allah s.w.t pada diri yang lemah ini,

"Dia memberikan hikmah siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang2 yang mempunyai akal yang sihat" (Al-baqarah : 269)

Berusaha meminimumkan masa untuk berehat.

Supaya masa yang ada dapat diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.

Supaya masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengaut pengalaman dan segunung ilmu.

Supaya diri ini produktif.

Supaya diri ini menjadi jundi kepada kebangkitan ISLAM.


feeling...

[Dahulu abi selalu pesan, apa-apa pun nak jadi bila besar nanti yang penting wajib jadi Da'eiyatun ilallah!
Kalau jadi doktor, doktor da'eiyatun ilallah. Jadi guru, guru da'eiyatun ilallah. Jadi bomba pun da'eiyatun ilallah :)
Teringat Ramadhan bersama umi, ok basuh semua langsir...kadang-kadang pelik, kenapa nak basuh padahal tak raya lagi. Sekarang apabila meningkat dewasa, Allah beri ilmu itu dan ini menyebabkan diri ini beroleh kefahaman. Kefahaman yang membuatkan diri ini terasa sangat istimewa. Terima kasih umi dan abi... salam ramadhan kareem semoga tahun ini RAMADHAN yang paling dekat 'alaqah kita dengan Allah...maaf atas salah dan silap]


Tiada ulasan: