CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 2009 Disember 21

Koreksi Diri

Sebentar tadi baru sahaja umi dan abi melepaskan rindu pada abang sulong kami ,
yang sekarang melanjutkan pelajaran ke cairo,mesir..huh.. perasaan saya??
tak tahu lah...mungkin sebentar tadi banyak sangat perkara berlaku,
sehinggakan perasaan bercampur baur.

gembira? yeker

Dengki? tak mungkin.

Rindu? tak tahu lah.

Benci? mustahil.

Subhanallah..maha sempurna allah,menciptakan pelbagai perasaan untuk manusia.
Cuba kamu bayangkan,jika kamu hanya mempunyai satu perasaan sahaja...gembira sepanjang masa,mesti boring hidup ini kan.
Tidak diwarnai oleh rasa sedih,geram,seronok dan ape2 lah...

Dengan ujian, allah beri kita perasaan sedih. Dengan rezeki, allah beri kita perasaan gembira.
Dengan cabaran allah beri kita kekuatan..walaupun semua ini kita tidak minta.
Tetapi ia tetap hadir untuk mewarnai kehidupan kita.
Dan percayalah ia adalah satu nikmat yang besar buat kita.
..Alhamdulillah ya allah....=)

UJIAN....sebagai seorang manusia,kita sebenar tidak sesekali akan terlepas daripadanya,malah akan sentiasa berhadapan dengan nya.
Lebih2 lagi para da'ei,mereka akan sering diuji walaupun bukan dari segi materialistik ataupun sosial.Tetapi mereka akan diuji dengan syu'urih,su'uzon ataupun apa2 lah perkara yang berkaitan dengan hati.
seperti mana firman allah s.w.a :

"لقد خلقنا الانسن فى كبد "
sesungguhnya kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesukaran demi kesukaran(jasmani dan rohani) -surah albalad:4-





Kerana itulah kita sebagai seorang da'ei mesti sentiasa mengambil berat tentang kebersihan hati.
Sasarkanlah rasa cinta kita kepada allah dan rasulullah s.a.w...sentiasa tajdid cinta kepada allah dan rasulullah s.a.w.

Bacalah cerita2 tentang sahabiah terdahulu, insyaallah cinta kita akan berbunga kembali.

..Seperti Khubaib b. 'adiy yang telah mati di bunuh dengan kejam oleh orang kafir quraish.
Mereka memotong anggota badan khubaib yang masih hidup, satu demi satu seraya berkata "Adakah kamu suka seandainya muhammad menggantikan tempatmu dan kamu selamat?"

Khubaib berkata dengan badannya berlumuran darah
"Demi allah! saya tidak akan rela sekiranya saya duduk bergembira bersama anak dan isteri saya, sedang muhammad dicucuk duri."

orang2 kafir quraish yang menyaksikan kejadian tu mengangkat tangan lalu menjerit
"bunuh dia.....bunuh dia..!!!!"

Khubaib terikat di kayu berpalang,mendongakkan wajahnya ke langit, seraya berkata
"wahai allah hitunglah bilangan mereka! hancurkanlah mereka! jangan kamu biarkan walaupun seorang"

Kemudian beliau menghembuskan nafas terakhir, yang pada tubuhnya tidak terkira berapakah tetakan pedang dan tusukan lembing menghujani.

Muhasabah diri, adakah kita akan lakukan perkara yang sama jika berada di tempat khubaib?




Sabtu, 2009 Disember 19

Just2Share


Bismillahhirrahmanirrahim...
sebenar dah lame saya nak update tapi selalu datang penyakit MA
(hanya orang2 tertentu jer tahu)

Saya ada terbaca blog seseorang..apa yang saya faham...katanya susah sungguh dia nak tinggalkan komputer kalau dah start buka... he3 =)
mungkin saya sebaliknya pula,tengah tulis blog pun otak masih fikir kerja rumah apa yang tak buat lagi..rase nak lari jer...tapi lawan..lawan..lawan...
jangan buta IT..sekarang dunia dah canggih..mesti para mad'u kita diluar sana semuanya pakar2 IT..takkanlah kita nak jadi da'ei yang buta IT..huh..
ya allah permudahkanlah urusan kami.

itulah allah ciptakan manusia tu lain2 cara pemikiran mereka. Ada yang dalam otaknya, fikir tentang dirinya sahaja..asal dia lepas , semuanya sudah beres baginya.
Ada juga orang yang fikirannya hanya tertumpu pada orang lain jer,sehinggakan dirinya terabai.hish3...macam mane yerk??

Satu peristiwa yang menarik saya nak kongsi bersama pembaca,mungkin boleh diambil 'ibrah daripadanya.

Satu hari salah seorang adik perempuan saya, balik dari sekolah dengan muka masam
tiba2.....

"ukhti boleh tak irah tanya satu soalan?"
saya diam, kerut dahi,
dalam hati :bakpe adik aku nie???

"ukhti macam mane kita nak ikhlas kalau kita kene paksa buat sesuatu,dan kita buat tu untuk kepentingan orang lain?"

dalam hati: ha'ah kan??

"oo...bagi kakak mula2 kakak akan tengok kerja ape yang kita dipaksa buat,kalau baik untuk kita dan tak melanggar syariat..kita buat lah. Tapi kalau sebaliknya...jangan sekali2 kita buat!!
bab ikhlas pula..ia berkait rapat dengan niat n pahala...kalau irah nak pahala irah kena bersihkan hati dan tajdid niat irah."
dalam hati: ya allah minta2 dia faham huh..:*

"irah dah cuba dah tapi tak ikhlas2 lagi!!"

"ish3...yang tu tandanya hati kita telah dicemari dengan tompok2 hitam, mesti terselit jauuuh.... dalam hati irah su'uzon pada benda tu.
Muhasabah balik diri kita...sanggup ke kita buat sesuatu untuk mndapatkan letih dan membuang masa? lagi teruk kalau dapat dosa disebabkan su'uzon...
Ataupun kita mahukan pahala yang boleh memberatkan timbangan kebaikan kita di akhirat kelak.
Jadi husnuzonlah pada sesuatu perkara..ingatlah bahawa
allahumma innaka ta'lamu anna haazihil qulub :)"
dalam hati: kalau tak faham lagi tak tau ar...he3

Jika difikir2 balik...betul juga niat memainan peranan yang penting dalam sesuatu perkara.
macam kita niat nak buat blog :)
teringat semasa di stam..ada satu waktu tu rasa malu sangat...bila blog kita dibaca oleh orang,
sehinggakan beria2 suruh adik private kan blog...=>
Ada seorang sahabat bertanya :
"kalau orang tak baca, macam mana 'ibrah yang kita sampaikan dalam blog, orang nak ikut?"..saya terfikir mungkin sahabat saya nie niat dia buat blog untuk memenuhi misi dakwah. Subhanallah...semoga allah mempermudahkan urusan dia.

Sebenarnye apa niat saya buat blog??
pada awal2 nye sebab nak terer tekan keyboard..he3 terukkan. lepas tu sebab nak kasi tazkirah untuk diri sendiri...jadi banyak post2 saya yang lalu saya copy dengan orang...sehinggakan
abi cakap:
"ukhti tulis la sendiri , jangan la copy2 orang punyer..."
dalam hati: adush..malu nyer...sedih,geram,pelik..semua rasa ada...allah je yang tahu.
abi pernah cakap lagi:
"tulis je apa2 asalkan ada 'ibrah yang dapat di ambil...kalau tak pun, yang mengingatkan kita kepada allah"
dalam hati:betul jugak kan..=)

Tajdid niat...insyaallah selepas nie saya akan buat sendiri semua post.
Insyallah saya akan selitkan sebanyak mungkin 'ibrah dalam setiap post saya.
Insyallah saya akan berusaha membuatkan semua pembaca lebih dekat dengan sang pencipta.

koreksi diri:
"ku bersujud berserah pada tuhan...mengharap rahmat keampunan...berilah daku kekuatan untuk mengharungi liku2 kehidupan ini"
Banyak lagi yang perlu dipelajari...lebih2 lagi ilmu2 agama,
teringat kata2 seorang sahabat "semakin akhir zaman,semakin banyak pertanyaan pelik2 tentang agama timbul"
Jadi fokus bagi seorang da'ei ialah menguasai ilmu2 agama yang sebenar2nye, berlandaskan alquran dan hadis, tidak kira lah apa2 pun bidang yang dia kuasai...




wassalam.....

Ahad, 2009 Disember 06

10 wasiat


  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Selasa, 2009 Disember 01

"Izinkan Daku mencintaimu semampuku"


Tuhanku,

Aku masih ingat,
saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu
Tarbiyyah demi tarbiyyah kuterima,
untai demi untai kalimah para ustaz kuresapi.
Tentang cinta para nabi,
tentang kasih para sahabat,
tentang muhabbah para solehin,
tentang kerinduan para syuhada...
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam,
kutumbuhkan dalam mimpi idealisme yang
mengawang di awan.

Tapi Tuhanku...

Berbilang hari demi hari
tahun demi tahun berlalu,
aku masih juga tidak menemukan
cinta tertinggi untuk-Mu,
aku makin merasakan
gelisahku memadai dalam cita yang mengawang,
sedang kakiku mengambang,
hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan.

Allahu Rahiim,
Illahi Robbii...
Perkenankanlah aku
mencintai-Mu semampuku….
Dengan segala kelemahanku.

Ilaahi...

aku tak mampu mencintai-Mu
dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa
Kerana itu
izinkan aku mencintai-Mu
melalui keluh kesah pengaduanku pada-Mu,
atas derita batin dan jasadku,
atas sakit dan ketakutanku...

Ilaahii…..

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti Abu Bakar,
yang menginfakkan seluruh hartanya dijalan-Mu
dan meninggalkan hanya Engkau dan Rasul-Mu
bagi diri dan keluarganya.
Atau layaknya Umar
yang menyerahkan separuh hartanya demi jihad.
Atau Ustman
yang menyerahkan 1000 ekor kuda
untuk syiar Deen-Mu

Ilaahii...

Izinkanlah aku mencintai-Mu,
melalui kepingan kepingan yang terulur pada tangan - tangan kecil di bahu jalan,
pada mereka yang menadah tangan memohon sumbangan.
pada makanan-makanan yang terkirim ke handai taulan.

Illaahi...

Aku tak mampu mencintai-Mu
dengan khusyuknya solat sahabat nabi-Mu,
hingga tidak terasa panahan musuh terhujam di kakinya.
Kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cinta-Mu,
dalam solat yang cuba kudirikan
dengan terbata-bata,
meski ingatan terkadang melayang
ke pelbagai permasalahan dunia...

Ilaahii...

Aku tak mampu beribadah
seperti orang-orang soleh
yang membaktikan seluruh malamnya
untuk bercinta dengan-Mu
dalam satu putaran malam.
Maka Ya Allah...
Perkenankanlah aku mencintai-Mu
melalui satu - dua rakaat solat lailku,
atau sekadar sunnah nawafilku,
dan selembar dua lembar tilawah harianku
Juga lewat lantunan ayat ayat hafalanku...

Ya Rahiim...

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti para syuhada,
yang menjual dirinya demi jihad untuk-Mu...
Maka perkenankanlah aku mencintai-Mu
dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan
untuk dakwah-Mu,
dengan sedikit pengajaran
bagi tumbuhnya generasi baru

Allah Ya Kariim...

Aku tak mampu mencintai-Mu di atas segalanya,
atas segala kelemahanku,
ampunilah daku Tuhan...

Maka dengan itu
izinkanlah aku mencintai-Mu
dengan mencintai keluargaku,
membawa mereka pada nikmatnya hidayah dalam naungan Islam,
manisnya iman dan ketabahan.
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
mengajak mereka untuk lebih mengenal-Mu,
dengan mencintai manusia dan alam semesta

Perkenankanlah aku mencintai-Mu
semampuku, Ya Allah...

Agar cinta itu sentiasa mengalun dalam jiwaku
Agar cinta itu sentiasa mengalir di sepanjang urat nadiku
Agar cinta itu sentiasa mekar dalam lubuk sanubariku





oleh : Azimah Rahayu
dalam buku : Hari Ini Aku Makin Cantik


{dipetik dari blog orang sekadar perkongsian agar dapat memuhasabah diri}

Isnin, 2009 November 30

"ORANG YANG PALING TINGGI KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI, ADALAH ORANG YANG TINGGI KEYAKINANNYA PADA ALLAH"


Seperti qudwah hasanah yang telah di tonjolkan oleh allah dalam kisah nabi ismail 'alaihissalam.
Apabila nabi ibrahim 'alaihissalam menceritakan tentang mimpi baginda kepada anak kesayangannya nabi ismail 'alaihissalam.Nabi ismail 'alaihissalam tanpa teragak-agak menyuruh ayahnya melaksanakan perintah tersebut.

Subhanallah, begitu mulia hati baginda,begitu tinggi keyakinan baginda kepada sang pencipta. Baginda tidak melenting sedikit pun apabila baginda diperintahkan untuk menjadi korban.
Alhamdulillah berkat keyakinan baginda yang tinggi pada al-'alim.allah telah menukarkan baginda dengan seekor kibas untuk dijadikan korban.
Allah juga menjadikan ibadah korban sebagai ibadah sunat untuk umat islam sehingga akhir zaman,
setiap kali 10 zuhijjah menjelma umat islam pasti berlumba-lumba melakukan ibadah korban sebagai tanda kasih sayang pada allah ta'ala.

Marilah kita muhasabah diri... sejauh mana tahap keyakinan kita pada rabbul'izzati....

"YA ALLAH ENGKAU YANG MENCIPTAKAN HATI-HATI KAMI,ENGKAULAH YANG MEMEGANG HATI-HATI KAMI,ENGKAU JUALAH YANG MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DI HATI KAMI INI"

Rabu, 2009 November 25

AIDILADHA...


Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 27Nov 2009 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masihi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini. BERNAMA

Teringat kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail.Kisah ini meninggalkan impak yang besar pada sejarah islam.



Selasa, 2009 November 24


Tiada kata yang dapat diungkapkan
Tiada rasa yang dapat di gambarkan

Tiada kawan untuk ku luahkan

Hanyalah ya 'alimun

Yang mengerti luahan hatiku ini








Benarlah kata salah seorang murabbi, hidup ini perlu berjemaah kerana apabila bersendirian ada makhluk lain menjadi peneman.
Mungkin pada ketika itu kita tiada kekuatan untuk melawan .
Berbeza pada masa kita berjemaah sering kali kedengaran larangan-larangan yang menjadi benteng penguat iman , pekerjaan yang susah menjadi senang,bergembira bersama-sama,di kala kesedihan ramai menjadi pemujuk dan apabila di timpa masalah, semua bertukar-tukar pendapat bagi mencari jalan penyelesaian.
Ahhhhh.... indahnya jika semua itu dapat dirasakan kembali.
Insyaallah semua itu dapat dirasakan kembali...insyaallah.. kita mesti cipta biah tersebut,di mana-mana kita berada.Betul!!!!kita mesti cipta biah tersebut... sekali di rumah sendiri
walaupun ia adalah satu perkara yang sukar...
Mungkin disinilah allah nak uji tahap iman kita..istiqamah tak kita dengan amalan-amalan sunat?
Kehidupan bersama rakan-rakan seperjuangan hanyalah tempat melatih diri..jika mahu lihat keberkesanannya lihatlah ketika kita berseorangan..





"YA MUQALLIBAL QULUB,STABBIT QULUBANA 'ALA DEENIK,'ALA TO'ATIK,
'ALA TORIQU DAKWATIK"