Khamis, 17 Jun 2010

Memberi itu Membahagiakan..

Tiga hari yang cukup bermakna. Kem Membina Keperibadian Muslim( tak pasti apa nama kem ni).Seorang makcik bertanya: ukhti boleh jadi fasi tak?selama tiga hari. Jiwa muda memberontak..nak!nak!!! maklumlah lama sangat duduk rumah. Bila disuruh keluar, cepat2 kaki melangkah.Alhamdulillah, walaupun secara fizikalnya letih, tapi rasa puas, kerana dapat buat yang terbaik.Mungkin itulah keberkatan yang Allah janjikan, bila mana kita tajdid(perbaharui) niat dan sasarkan semata-mata kerana Allah. Syukran makcik Min, kerana memberi peluang. "berkhidmat sebelum fly " kata makcik. :>
Sedikit perkongsian ilmu yang insyallah berguna buat para pembaca. Selama tiga hari saya habiskan bersama anak-anak navy..yang baik-baik belaka....




Andai rasa ego menguasai diri, pasti setitik ilmu pun tidak akan kita perolehi dan amalkan.

Sabda rasullullah : " Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kamu dan paling dekat denganku di hari akhirat kelak, ialah yang paling bagus akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang pling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku diakhirat kelak ialah golongan tsarsarun(yang banyak berbicara),mutasyaddiqun(yang banyak berbicara sembarangan lagi mencela manusia) dan mutafaihikun." Para sahabat bertanya:"Wahai rasullullah, kami telah mengetahui tsartsarun dan mutasyaddiqun. Tetapi siapakah golongan mutafaihikun?" Rasulullah menjawab:"mutakabbirun(orang-orang yang sombong)"

Pasti para pembaca pernah menghadiri ceramah,kem motivasi ataupun tazkirah di surau-surau.
Dan sudah pasti kebanyakan ceramah yang kita hadiri,disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berlainan.Dengan gaya dan cara penyampaian yang berbeza-beza. Mungkin cara yang digunakan hanya dapat menarik perhatian kanak-kanak, mungkin juga para remaja, ataupun tahap penyampaiannya hanya dapat menarik perhatian golongan dewasa.
Satu prinsip yang mahu saya kongsikan bersama pembaca,
"belajarlah untuk menjadi seorang pelajar, bukan belajar untuk pelajaran semata-mata"
Setiap penceramah pasti mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikn satu pemikiran ataupun ilmu.Walaupun kadang-kadang ilmu yang disampaikan itu telah kita ketahui, tapi apa salahnya untuk kita ulangkaji kembali, supaya ia dapat kita amal dan sampaikan pula pada yang lain. Bagi penulis yang hanya menulis sesuatu berdasarkan pengalaman, merasakan penting bagi seseorang pendengar itu memperbaiki persepsi(buruk) mereka terhadap sesiapa sahaja yang menyampaikan ilmu. Sangat rugi seseorang yang apabila dia mendengar sesuatu ilmu, tetapi ilmu itu tidak dapat disampaikan pada orang lain. Sejauh mana ilmu yang disampaikan akan diperolehi, semuanya bergantung pada persepsi kita trhadap penceramah, dan Sama ada kita benar-benar mahukan ilmu itu ataupun tidak. Jangan mudah memperlekehkan para ilmuan. kerana Sikap sombong bukan sahaja dibenci oleh rasulullah, tetapi juga allah.Belajarlah mendengar untuk menyampaikan.
" ud'u ilallah bihikmah wa mauizatul hasanah"

~serulah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yamg baik~



HATI CELIK vs HATI BUTA

Terdapat 5 unsur semula jadi pada manusia. Kesemuanya mempunyai fungsi masing-masing dan amat berkaitan antara satu sama lain. InsyaAllah akan bersambung pada post akan datang.......

Memberi itu sangat membahagiakan. Tetapi apabila memberi, janganlah mengharapkan pujian ataupun balasan daripada manusia, kerana akan melukakan hati,dan mengundang kekecewaan. Letaklah harapan kita pada keredhaan Allah,nescaya hati kan tenang. dan tersenyum selalu.
" faiza 'azamta fatawakkal 'alallah" :>

~wassalam~

2 ulasan:

ha|ana|zak25 berkata...

Bila kita betul2 nak kutip hikmah ilmu , tak kisah siapa pun dn apa pun method penyampaian .. kita tak kisah dn tak egO !


*p/s = "berkhidmat sebelum fly" sudah . "belanja sebelum fly" ? Heheh

ukhtie91 berkata...

he3..oh sungguh bermakna kata2 nie. rumah ana sentiasa terbuka untuk menjamu org..:>`