Selasa, 8 Jun 2010

Tiada yang kekal selamanya...


Dalam menjalani kehidupan seharian,banyak perkara yang terjadi.
Kehidupan manusia terbina dengan kesenangan,kepayahan,kedukaan,kegembiraan dan 101 macam perasaan. Kehidupan manusia juga terbina dengan kehadiran ibu,ayah,suami,isteri,adik,abang,kakak,kawan-kawan,musuh dan sebagainya.
Kehidupan manusia juga terbina dengan aqidahnya, pegangannya, dan kefahamannya.
Namun kehidupan bagaimana yang kita mahukan?

Tidak selamanya kita akan bergembira...
Tidak selamanya kita akan berduka...
Dan tidak selamanya kita tinggal dalam kesenangan
tanpa di uji dengan kesusahan.

"Duduk atas dunia ni sekejap je umi, jangan fikir serius lah.." pujuk abang kepada ibunya.
"Umpama kita gagal dalam peperiksaan, takkan lah nak bersedih sepanjang masa?.."

Terdapat dua perkara yang mahu disampaikan. Pertama, realiti kehidupan dunia adalah tidak kekal selamanya. Kedua, mungkin si ibu sedang bersedih, jadi si anak menyarankan supaya jangan terlalu ambil serius. Kerana tidak semestinya ia akan berlaku, dan jika ia berlaku tidak semestinya akan kekal selamanya. Just go on the rule....

Semua yang terjadi adalah qada' dan qadar daripada Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa,supaya apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Sekiranya sesuatu yang sebaliknya berlaku, janganlah terus melatah, kerana bukan sahaja terkandung hikmah besar, tetapi sebagai satu ujian kekuatan kepada hamba yang benar-benar yakin dengan qada' dan qadar allah.

Terkadang kita berlumba-lumba mengejar kebahagiaan, tetapi sebenarnya kebahagiaan itu umpama baju yang dicalit minyak wangi apabila berlalu masa,maka kewangiannya akan hilang sedikit demi sedikit. dan apabila ia dicalit lagi, ia akan kembali wangi.

Dalam buku Al-Madkhal, tulisan Dr.Abd Karim Zaidan mengupas makna syariah islamiah dalam kehidupan diumpamakan seperti air. Satu sumber yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk terus berfungsi. Ia bermakna,sesuatu peraturan allah kepada hambanya melalui agama!dan agama yang dimaksukan ialah islam, hujahnya Allah berfirman yang bermaksud :"pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmatku bagimu, dan telah aku redha islam sebagai agamamu" (al maidah 3) . Perumpamaan yang begitu mudah, tetapi memberi makna yang mendalam.Hakikatnya kembalilah kepada asal kejadian,carilah kebahagiaan kamu dengan melihat dua buah kitab iaitu kitab al-quran dan juga kitab alam ciptaannya. Jadikanlah iman,islam, dan ihsan sebagai benteng pertahanan daripada nafsu.

Firman Allah yang bermaksud :
" Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itulah tempat tinggalnya"
(surah annziat 37-41)


Tiada ulasan: