Selasa, 22 Jun 2010

Saudagar Si pencari hati...


















Sanggupkah anda mengahwini diri anda?

Menarik soalannya kan?...saya hanya tersenyum tatkala membacanya.
Persoalan ini di tulis dalam sebuah buku yang baru saja saya perolehi, daripada seorang kakak
(terima kasih kak....:> )

Apabila di ajukan soalan ini pada diri, saya hanya mampu tersenyum..tak terkata rasanya. Satu persoalan yang bagi saya, bagaikan ditempias pada kelakuan dan tabiat diri saya. Saya ajukan kembali persoalan itu pada diri saya...

"Jika saya terjumpa seseorang(iaitu diri saya sendiri) yang mempunyai karekteristik,kelakuan dan sikap yang saya miliki, adakah sanggup untuk saya mengahwininya?"

Malangnya jawapan yang terkeluar adalah 'mungkin' menggantikan 'tentu sekali'.
Hmm...semua insan mahukan yang terbaik untuk dirinya, tetapi ramai juga yang terlupa bahawa yang terbaik adalah untuk yang terbaik...
Sedikit rangsangan supaya kita sama-sama berfikir...mencari... dan berubah insyallah.















MANUSIA seperti yang dinyatakan di post sebelum ini, terdiri daripada lima unsur. Jasad (iaitu anggota badan manusia) adalah unsur yang berfungsi sebagai pelaksana,tiada pilihan bagi jasad untuk melakukan atau tidak.Apabila ia mendapat arahan, ia terus melakukannya.

Wajarkah kita marahkan kaki sekiranya kita terjatuh?
"Hoi kaki! kenapa buat aku jatuh?".... pasti tidak kan.Sekiranya ada yang berbuat demikian dia tergolong dalam golongan yang tidak waras. Jasad juga tidak boleh mengarah, ia umpama patung yang tidak dapat bergerak sekiranya ketiadaan Ruh.

Ruh merupakan unsur kedua, dan yang mengawalnya adalah Allah s.w.t.Manusia tidak berupaya untuk mengawal pergerakan ruh.
Firman allah :"yasaluunaka 'ani ruh,kuli ruhi min amri rabbi"
Semuanya adalah af'alullah semata-mata.Allah yang memerintahkan ruh kita sama ada untuk terus kekal dalam tubuh ataupun tidak. Ruh adalah sesuatu yang ngaib,tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia tetapi kita wajib untuk mempercayainya.

Umpama kita diberi sebotol susu, orang itu bertanya"dalam susu ada lemak tak?" kita dengan yakin menjawab"ada!"orang itu bertanya lagi "mana lemaknya?" Adakah kita mahu tunjuk susu segar didepan kita itu adalah lemak? Tidakkan. Begitu juga badan kita, andai ada orang bertanya "awak ada ruh tak?"
apa yang akan kita jawab?...

Terdapat dua unsur yang berfungsi sebagai penasihat kepada manusia. Kedua-dua unsur ini sering bergaduh, tetapi sejauh mana pun mereka bergaduh, mereka tetap saling memerlukan antara satu sama lain.

Unsur itu ialah Akal dan Nafsu, akal(simpan dan analisa) berperanan sebagai penasihat begitu juga nafsu(seronok). Tetapi akal adalah penasihat untuk jangka masa panjang manakala nafsu penasihat untuk jangka masa pendek. Contohnya, 'makan aiskrim'
Nafsu : sedapnya...nak makan!nak makan!...kegemaran aku ni.
Akal : aku ada kencing manis.

AWAS !

Berjaga-jagalah, kerana tanpa ilmu, akal akan kalah. Nafsu di bantu oleh syaitan laknatullah, untuk melawannya kita perlu kuatkan akal dengan ilmu. Dengan ilmu akal akan ada hujah untuk menundukkan nafsu.Ilmu itu cahaya,senjata,juga benteng.Ilmu diperolehi melalui 2 cara,ilmu tajribah(pengalamn) dan ilmu wahyu. Ilmu yang paling hebat,dan yang dapat menundukkan nafsu dengan sekali serangan sahaja ialah ilmu Allah.Tugas kita sekarang adalah..
Cari.Kuasai.Amal.Sampaikan.


RAJA
hati itu raja kepada kesemua unsur. Jika hati mengarahkan untuk tidur,jasad akan tidur.Walaupun hati bagaikan raja segala-segalanya, tetapi untuk membuat keputusan,seseorang raja tetap memerlukan nasihat.

Begitu juga hati, untuk membuat keputusan akal dan nafsu memainkan peranan. Akal sentiasa membayangkan kesan jangka masa panjang, nafsu pula menghidangkan keseronokan yang hanya sebentar cuma. Hati yang bersih akan lebih berfikiran rasional dalam membuat satu-satu keputusan.

Manakala hati yang kotor, akan kabur untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Baginya, asalkan dia gembira,dan menguntungkan hidup. itu sudah cukup...hidupkan hanya sekali, jadi kita enjoy!!

Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :" Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku".Tugas manusia di atas dunia ini hanyalah untuk menjadi seorang khalifah,yang benar2 mengabdikan diri pada allah.

Semua orang mengimpikan syurga Allah. Hakikatnya itu bukan mudah.
Syurga adalah satu tempat yang penuh dengan kesenangan, kebahagiaan,kenikmatan dan semua itu akan kekal selama-lamanya. Untuk memperolehinya memerlukan pengorbanan yang besar,usaha yang bersungguh,dan strategi yang mantap. Umpama kita mahu cemerlang dalam peperiksaan, adakah kita akan memperolehi kecemerlangan sekiranya kita hanya duduk bersenang-lenang? dan ketahuilah bahawa azab kubur itu pasti, neraka itu benar-benar wujud. Terpulang pada kita,menjauhi ataupun mendekati?

Apa yang mahu penulis fokuskan sekarang, mana yang mahu kita pilih?
Allah berfirman yang bermaksud :"Mengapakah kamu tidak berfikir?"
Dunia adalah tempat ujian. Timbalah sebanyak mungkin ilmu,dan belajarlah cara yang paling baik untuk menyampaikannya. Jika sudah menyampaikan,serahkanlah segalanya pada allah.Benar! allah yang maha mengetahui apa yang terkandung dalam hati. Dia juga yang maha membolak balikkan hati.Sejauh mana kita berhasil untuk menyentuh hati seseorang,semuanya dengan izin allah.

Faiza azamta, fatawakkal 'alallah

2 ulasan:

NURUL HAFIZAH berkata...

Sanggupkah saya mengahwini diri saya?
hehehe....rase mcm x snggup jeee,,

tapi,pe2 pon... best lah post k.nadia ni...ana rase mcm nak share ngan budak2 usrah ana jer...hehehe...
mintak izin dicopy ya kak....
ngeh3..(^^,)

mujahidah berkata...

boleh3...hehe ;)
selagi ia bermanfaat,sebarkanlah..