Isnin, 30 November 2009

"ORANG YANG PALING TINGGI KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI, ADALAH ORANG YANG TINGGI KEYAKINANNYA PADA ALLAH"


Seperti qudwah hasanah yang telah di tonjolkan oleh allah dalam kisah nabi ismail 'alaihissalam.
Apabila nabi ibrahim 'alaihissalam menceritakan tentang mimpi baginda kepada anak kesayangannya nabi ismail 'alaihissalam.Nabi ismail 'alaihissalam tanpa teragak-agak menyuruh ayahnya melaksanakan perintah tersebut.

Subhanallah, begitu mulia hati baginda,begitu tinggi keyakinan baginda kepada sang pencipta. Baginda tidak melenting sedikit pun apabila baginda diperintahkan untuk menjadi korban.
Alhamdulillah berkat keyakinan baginda yang tinggi pada al-'alim.allah telah menukarkan baginda dengan seekor kibas untuk dijadikan korban.
Allah juga menjadikan ibadah korban sebagai ibadah sunat untuk umat islam sehingga akhir zaman,
setiap kali 10 zuhijjah menjelma umat islam pasti berlumba-lumba melakukan ibadah korban sebagai tanda kasih sayang pada allah ta'ala.

Marilah kita muhasabah diri... sejauh mana tahap keyakinan kita pada rabbul'izzati....

"YA ALLAH ENGKAU YANG MENCIPTAKAN HATI-HATI KAMI,ENGKAULAH YANG MEMEGANG HATI-HATI KAMI,ENGKAU JUALAH YANG MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DI HATI KAMI INI"

Tiada ulasan: