Rabu, 25 November 2009

AIDILADHA...


Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 27Nov 2009 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masihi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini. BERNAMA

Teringat kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail.Kisah ini meninggalkan impak yang besar pada sejarah islam.



Tiada ulasan: