
Hamasah dan ikut-ikutan,tidak akan kekal tanpa kesedaran yang jelas.
Kesedaran untuk mendalami sesuatu ilmu bukan terletak pada sebanyak mana kita menghadiri kuliah, bukan juga dengan sebanyak mana kita menyusun kelas-kelas toturial. Tetapi sebenarnya ia terletak pada sejauh mana kejuhudan(kesungguhan) kita untuk mengkhatamkan buku-buku.
Bagaimana cara kita membaca buku? Adakah kita sudah berusaha memahami apa yang mahu disampaikan oleh buku tersebut? Apa kaitannya buku yang kita baca dengan bidang yang kita ceburi? Sebagai contoh kita adalah seorang pelajar Syariah, salah satu buku yang perlu kita pelajari adalah kitab Mustalah hadis. Apa kaitannya mustalah hadis dengan syariah? Sekali imbas mungkin kita akan kata hadis adalah sumber untuk mengeluarkan sesuatu hukum, tetapi sebenarnya apa kaitan semua cabang-cabang hadis itu untuk kita ketahui?
Cintai Mustalah hadis. Baru anda akan rasa nikmat mempelajarinya.
~Baca.Faham.Ringkaskan.Hafal.Latihan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan