Sabtu, 10 Julai 2010

Pilihan Allah itu yang TERBAIK



Sayu rasanya hati seorang kakak, tatkala si adik meluahkan masalah yang membelenggu fikiran. Ikutkan hati mahu sahaja di suruh diam..tetapi tanggungjawab seorang kakak telah tersandang di bahu sejak azali lagi.Tidak perlu mengambil borang untuk pilihan raya merebut jawatan.Tidak perlu membuat demostrasi untuk memancing hati pengundi.Kepala pun tak perlu pening-pening fikirkan hal pengundi hantu......


Segala-galanya telah ditentukan Allah s.w.t. Dengan riak muka yang tenang, terungkap satu..satu..nasihat yang bagi si kakak setiap ungkapan membawa makna yang begitu mendalam, qudwah hasanah yang cuba ditonjolkan mahu rasanya di praktikkan khas buat adik-adik yang berada di bawah. Tetapi apakan daya si kakak hanya mampu berusaha yang terbaik. Allah pemegang hati adik-adiknya juga hati manusia-manusia di dunia ini.Allahumma innaka taklamu anna haazihi qulub


Sesungguhnya anda sudah dicalonkan untuk tugas itu.....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai terjadi....,
Anda dikenang orang disamping kegagalan....!



Firman Allah s.w.t,yang bermaksud :

"...Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Tuhan akan mencukupkan keperluannya. SesungguhNya Allah pelaksana semua peraturanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"


(At-Talaq : 2 - 3)

PILIHAN seringkali dalam mnjalani kehidupan seharian, kita diuji dengan pilihan.Sama ada terpaksa memilih untuk pergi ataupun tidak,terpaksa mengambil ataupun biarkan,terpaksa menerima ataupun sebaliknya.Bermacam-macam pilihan yang terkadang, semua itu membuatkan diri kita tertekan, kepala jadi pusing,fokus kita hilang.


Tetapi sebagai manusia, kita mengharapkan pilihan kita adalah pilihan yang terbaik.Semua orang mengharapkan itu , sekalipun ia seorang kanak-kanak,dalam membuat pemilihan untuk memilih coklat. Antara coklat besar dengan coklat kecil, sudah pasti yang menjadi pilihannya adalah coklat besar. Ini kerana kanak-kanak itu melihat pada zahirnya.


Realitinya,dalam proses membuat sesuatu pilihan iman memainkan peranan penting.
Tidak dinafikan untuk membuat sesuatu pilihan, kita perlulah menggunakan nikmat kebijaksanaan yang Allah kurniakan,tetapi sekiranya hasil istikharah kita jelas-jelas menunjukkan sebaliknya..adakah kita perlu berpaling darinya?


Percayalah dalam membuat apa-apa keputusan atau pilihan, jika hanya difikirkan dengan akal,ilmu dan perasaan semata-mata tanpa meletakkan Allah ditempatnya.Maka tunggulah masa kekesalannya.
Hayati dan amalkanlah satu fikrah yang islam telah gariskan,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Teruslah beristikharah...sebenarnya Allah sedang menguji sejauh mana tawakkal kita kepadaNya. Jika sudah dapat petunjuk,maka buatlah pilihan dan lakukanlah yang terbaik untuk pilihan itu. Jauhkan lah diri daripada sifat was-was kerana itu adalah penyakit daripada syaitan.
Maksud firman Allah SWT :
"Katakanlah : Aku berlindung kepada tuhan (yang menguasai dan memelihara) manusia, raja manusia, sembahan manusia, dari kejahatan bisikan was-was pembisik (syaitan) yang biasa bersembunyi"
(An-Nas : 1 - 4)


Mungkin kata-kata ini dapat menjadikan kita tenang dan lebih berfikiran rasional...

"Jika benar istikharah kita, jangan bicara soal keraguan, kerna keraguan itu datangnya dari syaitan, jika hati masih ragu, berasa tidak enak, timbul masalah masalah yang lain pula, maka ada baiknya untuk menilai kembali, kerna pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kadang-kadang kita merasakan apa yang diputuskan itu telah benar sekali, apatah lagi setelah istikharah, cumanya rasa benar itu bukan datang dari Allah, cuma dari nafsu dan perasaan, maka akan adalah lanjutannya dengan rasa tidak kena, timbul hal-hal yang kurang sesuai berlaku, maka ini juga caranya Allah mahu mengingatkan kita sebenarnya. Janganlah menyamakan antara keputusan mainan perasaan dengan keputusan dari Allah, ia amat berbeza. Yang datang dari perasaan cuma pasti akan menambah keliru, tetapi jika ia benar-benar datang dari Allah, maka ia pasti akan lancar saja dan tiada lagi rasa tidak kenanya, hati akan tenang, insyaAllah...."

~Bersangka baiklah dengan Allah kerana dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita~

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..wah.post ni amat kena dgn jiwa ana..sgt mendalam bg ana..syukran ukhtiee..
ana akn terus minta pdNYA..kerana hnya DIA thu yg terbaek untuk kita..

ha|ana|zak25 berkata...

salam'alaik

jazakillah ukht =) posting yang turut mengena pada batang hidung ana juga.

terbaik !

nahdiyyah berkata...

>>tanpa nama: syukran..:>
haanazakk:sama2 lah kita ;>

pemburucintaillahi berkata...

jazakillah, ukhti!!
sangat3 bermakna....
dah lama tak jumpa akak kan??

mujahidah berkata...

pemburucintailahi: ahlan2..sakinah kan? btul!!dah lama kita tak jumpa.