Selasa, 10 Ogos 2010

Realiti Dunia Kini

Cara pemikiran pertama yang sangat menggelikan hati. Ada tiga benda 1.agama 2.politik 3.keselamatan....yang mana paling penting dalam sesebuah negara?
tanya seorang fasi(lelaki). Kami dengan semangatnya menjawab 'Agama', tiba-tiba dia cakap salah dan jawapannya adalah 'politik'.. Tercengang kami dengar..hehe senyum dalam hati. Alasannya kalau agama no.1 kenapa iraq,pakistan sekarang ni tak aman damai? bergaduh sesama islam ....ha?? ok, angguk jelah..negara lain mati syahid mempertahankan agama, dia mati katak mempertahankan politik.


5 hari BTN bagaikan mimpi ngeri. Tak pernah tergambar sehebat itu program yang mereka rancang..abang yang pernah pergi pun tak pernah cerita apa-apa..Rasa menyesal sangat tak bertanya.


Rasa hina diperlakukan sedemikian..Sifat haya' yang selama ini menjadi benteng seorang wanita...diperlekehkan mentah-mentah...Kelu lidah untuk berkata-kata...Hanya Allah tempat sebenar-benar tawakkal. Ikutkan hati, ingin sangat memberontak!!! tapi seperti tiada pembela...dan seperti Allah tidak mengizinkan. Setiap kali fasi mengarahkan untuk melakukan sesuatu yang menyalahi fahaman imani, setiap kali itu juga hati amat mengharapkan seseorang bangun untuk memberontak. Tapi semua tu tinggal harapan semata-mata. Semuanya bagaikan kerbau dicucuk hidung...

Abi : "Allah sedang uji jati diri ukhti.Itulah realiti dunia sekarang."


Hebatnya ujian 'jati diri ' yang KAU pikulkan kepadaku!! Banyak lagi kerja yang perlu aku lakukan. Mad'uku sedang diserang cara pemikiran...bila berhadapan dengan ramai orang, pelbagai cara pemikiran ada.Yang terkadang sah-sah bertentangan dengan cara islam sendiri, rasa seperti diri ini tidak pernah berbuat apa-apa untuk islam.Malu untuk berhadapan dengan Allah di padang mahsyar kelak. Bayangkan jika Allah bertanya apakah engkau telah mencegah saudara-saudaramu daripada melakukan kemungkaran? Apa yang akan aku jawab??

Seorang kakak bertanya,

" Berapa hari BTN?"

"5 hari"

"5 hari??? lamanya! dulu akak 3 hari jer"

"rasa 5 hari tu macam lima tahun kak!"


Dahsyat sangat!!
Malu sangat!!
Bayangkan kebanyakan yang hadir adalah para asatizah yang akan menyumbangkan ilmu dalam bidang agama kepada negara,tetapi cara pemikiran masih lagi tidak menampakkan ciri-ciri seorang asaatizah yang sebenar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti berobjektifkan ukhuwah antara lelaki dan perempuan sedangkan islam mengajar sebaliknya. Mereka umpama mahu melahirkan para asatizah yang 'open'. Macam mane tak lahir anak-anak luar nikah? kalau para asatizah sendiri ikhtilat! Astaghfirullahal'azim..."alah bisa tegal biasa" pepatah yang paling aku takuti. Mungkin kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%. Walaupun ada beberapa lepasan dari timur tengah. Tetapi sebenarnya biah kehidupan yang membentuk cara pemikiran. Para du'at wajib sedar bahawa kerja kita masih banyak !


Alhamdulillah!!
Bersyukur pada Allah!
Alhamdulillah Allah tidak uji sedahsyat orang lain,diaorang pasti akan rasa lebih kerana diuji dengan masalah ahli kumpulan yang bilangan 'faham' kurang daripada 'tidak faham'. Alhamdulillah sepanjang 5 hari BTN Allah sentiasa memberi kekuatan yang sangat luar biasa... Daripada seorang yang tidak pandai membuat helah, sekarang sudah pandai. Daripada seorang yang susah sangat untuk fokus, Allah izinkan untuk fokus dan alhamdulillah dengan kefokusan dapat hadam isi kandungan perlembagaan Malaysia dan dapat kawal sifat haya' dalam diri pada masa dan keadaan yang sesuai. Alhamdulillah daripada seorang yang sentiasa duduk dalam zon selesa, sekarang sudah faham sedikit cara pemikiran pihak lain.


Kekuatan ini yang menjadi benteng..
Realitinya, kekuatan akan diperoleh jika kita sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah. Dalam sibuk mengejar masa untuk memenuhi jadual yang padat. Curilah sedikit waktu untuk membaca ma'thurat pagi dan petang. Curilah waktu untuk mengerjakan solat sunat. Curilah waktu untuk membaca alquran. Kerana dari situlah Allah akan melihat kesungguhan kita untuk mempertahankan diri. Letaklah agama dihadapan, walaupun ingin menaikkan markah kumpulan. Letaklah agama di tempat paling atas walaupun untuk menyelesaikan satu masalah yang besar. Jika ingin melakukan sesuatu jangan terburu-buru, sehingga sanggup mengenepikan hukum-hukum agama walaupun dalam masa yang singkat.Berusahalah untuk membantu orang-orang yang teraniaya, walaupun mereka tidak meminta bantuan.


Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK
yang tiba-tiba terganggu kesuciannya. Tetapi Allah sentiasa maha pemurah dan maha penyayang, dia mencampakkan kita ke dalam hutan bukan untuk memberi makan harimau, tetapi untuk mengajar kita kuat untuk berlari,menyorok dan meletakkan setinggi-tinggi tawakkal pada Allah. Alhamdulillah BTN telah merapatkan hubunganku dengan Allah.


"Bersedialah dan mulalah beramal hari ini, kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya"

~Idolaku Imam al-syahid Hassan al-Banna~

5 ulasan:

ha|ana|zak25 berkata...

Seorang mukmin yang bergaul dan sabar terhadap gangguan orang, lebih besar pahalanya dari yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dalam menghadapi gangguan mereka. (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Semoga tetap tamayyuz :)ramadhan kareem

almuqaddasah berkata...

nadiaaaaaaaaaaaa!!

kuat!kuat!

ana tnggu panggilan nt:P

sRikandi_Nurse berkata...

Nadia...kuatkan hati.ujian Allah untuk mendekatkan kita kepada DIA n merasa bahawa kita sangat kerdil di sisi-NYA. Sebenarnya realiti dunia begitulah, semoga nadia sentiasa kuat & bersemangat. Salam seperjuangan! Salam Ramadhan kareem!

mujahidah berkata...

syukran semua..insyaAllah semua itu akan lebih mematangkan ana ;>

Tanpa Nama berkata...

salam, itulah realiti yg perlu dalalui, kadang2 kita terpaksa lakukan kerana 'kuasa' ada di tangan orng lain... kadang2 kita perlu sedikit pura2 untk mendapat kejayaan dan kemenangan yg lebih 'besar'...

*klu x lepas BTN, habis x leh ke mesir yg akan membawa kemenangan yg lebih besar buat kita dan ummat....