Rabu, 8 September 2010

ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI



Sudah sebulan berada di perantauan..saat ini baru berkesempatan mengupdate blog. Walaupun kata orang, pada musim Soifi siangnya lebih panjang daripada malam.. tetapi hari-hari disini berlalu sepantas-pantasnya.Rasa macam semalam baru terbang dengan Kuwait airways.Betul cakap ummi " jangan buang masa dekat sana nanti,4 tahun tu sekejap jer"


Salam aiddulfitri buat sesiapa yang mengenali diri ini. Khas buat usrati SELAMAT HARI RAYA!!

Setelah sebulan kita berada di madrasah Ramadhan, madrasah pentarbiyahan diri...tempat kita mengenal apa itu rahsia SABAR... tempat kita mentadabbur al-quran... tempat kita bertaqarrub dengan Allah ...tempat kita melipat gandakan amalan2 sunat dan banyak lagi pendidikan yang diajar...kini Allah telah meraikan kejayaan kita dengan AIDULFITRI . Bagi orang yang benar-benar mentarbiyah diri pada bulan ramadhan,mereka akan sedar, bahawa inilah masanya kita melihat keberkesanan tarbiyah yang kita lalui. Ujian baru sahaja bermula...Adakah selepas ini kita akan menjadi seorang yang lebih baik ?Istiqamahkah kita dengan amalan-amalan sunat kita? ataukah itu sekadar amalan-amalan kosong ? ...


"Takabbalallahu minna waminkum!!"

"Minna wa minkum takabbal ya karim"






1 ulasan:

ZinNieRah_ru$hdan95 berkata...

jgn lupe 14/10!!! hihi =D miz u!!