Rabu, 22 September 2010

Pengorbanan itu sukar...

Tak tergambar rasanya, bila berjauhan dalam jangka masa yang panjang...
Sebelum berlepas,
"abi sedih la!nanti adik2 macam mane?"
"ok, kalau sedih tak payah pegi la!"
"ha??? "
"ye... kalau sedih tak payah pegi"
hati memberontak"nak pergi jugak!!!"
abi tersenyum ..."Itulah yang dinamakan pengorbanan.Korbankan hidup yang dilengkapi dengan kesenangan,kasih sayang,ibu bapa,adik-adik. kepada hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab.Tangungjawab sebagai seorang da'ei"
Subhanallah..!

Pada mulanya,semua itu dirasakan mudah...insyallah boleh, senang jer satu hadaf yang kukuh mengapa perlu korbankan ini.
Tetapi apabila berhadapan sendiri dengan keadaan itu, rasa sedih menyerang.
Ya Allah inikah yang dinamakan pengorbanan?
Dahulu jika rasa rindu menyerang pasti cepat2 menelefon...
"salam umi, rindunyer!!!"
tapi sekarang semua itu menjadi sukar...
"assalamualaikum....umi!.umi!..umi dengar tak?"....tuuuuttt
Allah sedang menarik nikmat kesenangan...Astaghfirullah hal'azim...

Dua bulan sudah perpisahan berlaku,bukan rasa sedih kerana tidak dapat berhubung. Tetapi sedih, kerana sifat malas menguasai diri.Malas menggunakan IT untuk berhubung.Semuanya mahukan kesenangan apabila susah sikit,terus mengalah.
Memang tidak dapat dinafikan kesibukan sedang menguasai diri. Tetapi janganlah kesibukan kita itu menyebabkan kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.
Jadikanlah "Birrulwaalidain" itu sebagai satu wajibat kita sebagai seorang da'ei.

Teringat cerita seorang kawan arab tentang kisah Masyitah, srikandi islam yang berhadapan dengan satu keadaan dimana beliau terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan kehidupan anaknya yang masih bayi, sekaligus murtad ataupun terjun kedalam kolam api yang panas bersama-sama dengan anaknya yang masih kecil.Subhanallah, masyitah terpaksa melakukan pilihan yang sangat sukar. Beliau tidak sanggup melihat anaknya terkorban. Jika difikirkan dirinya,dia sanggup untuk terjun tetapi apabila teringatkan anaknya, hati jadi sayu.Sehinggakan di waktu itu Allah memberi satu kelebihan kepada anaknya,anaknya pandai berkata-kata memujuk ibunya untuk terjun.
"Terjunlah ibu,terjunlah..insyallah kita akan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman"
Subhanallah,maha pengasih maha penyayangnya Allah.Allah maha mengetahui halusnya perasaan seorang ibu.Banyak qudwah hasanah yang Allah tonjolkan daripada kisah ini.Salah satunya,Sayangkan Allah lebih daripada segala-galanya.Sebagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabiyah terdahulu.Misalnya dalam hijrah Rasulullah ke Madinah. Semuanya adalah untuk menegakkan daulah islamiah,dan untuk menjadi da'eiyatun ilallah.

"AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR"

InsyaAllah bermanfaat untuk semua ;>

4 ulasan: