Ahad, 28 November 2010

BERSEMANGATLAH!!

ISLAM PASTI AKAN KEMBALI GEMILANG!

Itu adalah janji Allah kepada hamba2nya.
Teruskanlah bekerja!walaupun pelbagai mehnah yang datang.
Percayalah Allah tidak akan sekali-kali memungkiri janji.
Beruntunglah orang2 yang bekerja,kerana Allah menjanjikan nikmat yang besar bagi para 'amilin.Dan rugilah orang2 yang berehat,kerana Allah akan memenangkan ISLAM pada bila2 masa sahaja,jika kamu tidak bekerja Allah akan menggantikan kamu dengan orang lain,allah tidak akan rugi walau sedikit pun.dan ingatlah kerehatan di dunia adalah nikmat yang sementara nikmat syurga itulah nikmat yang kekal abadi.

Jika bisikan-bisikan kecil menghampiri,..

"Berhentilah...awak tu dah tua kasi peluang dekat orang2 muda pulak!"

"Apa yang awak susah2kan berhenti jelah,dari dulu sampai sekarang awak pergi usrah.islam tak mentadbir dunia pun"

"Sekarang awak fokus pada keluarga sahaja, orang lain biarkan"

Lawanlah bisikan-bisikan ini dengan berusaha dan berdoa supaya ditetapkan hati dalam jalan dakwah.Muhasabah kembali diri, adakah kita mahu tergolong dikalangan orang2 yang rugi? nauzubillah....
Teringat apabila bersama2 rakan seperjuangan...kami akan akhiri pertemuan kami dengan mengalunkan doa rabitah bersama-sama..Ya Allah makbulkanlah ameen....

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



Tiada ulasan: