Isnin, 6 Disember 2010

Salam Ma'al Hijrah..


Kullu 'am wa antum bikhair..
Salam ma'al hijrah kepada semua (abi,umi,muaz,mayah,irah,ei'ei,as'ad,ibah,unais,iyah),
sekarang kita dah masuk Tahun Baru!!
sedar tak sedar kita sudah kembali semula pada 1 Muharam 1432h.
alhamdulillah Allah izinkan kita untuk terus hidup di dunia miliknya..subhanallah
Allah bagi rumah untuk kita tinggal di dalamnya,Allah bagi makanan kepada kita supaya kita dapat teruskan kehidupan,Allah juga beri kita nikmat kasih sayang supaya kita tidak rasa keseorangan..Allah bagi banyak kemudahan kepada kita supaya kita terus berjuang menegakkan kalimah lailaha illallah di atas muka bumi ini.

Tetapi sehingga sekarang apa yang telah kita lakukan?
Apa sebenarnya yang telah kita lakukan untuk ALLAH?
Saban hari kita di sibukkan dengan perkara-perkara remeh. yang mana jika kita lakukan ia tidak memberi apa-apa kesan positif pun dalam perkembangan islam. kadang-kadang kita keliru adakah apa yang kita lakukan ini membawa kepada kebaikan ataupun lebih kepada mudhorat semata-mata.Malah dalam masa yang sama ia seakan-akan membantu orang kafir dalam memenangkan agenda mereka..astaghfirullahal'azim.

Koreksi kembali diri, sediakan diri sentiasa untuk ditarbiyah, rendahkanlah sedikit sifat ego "setiap hari adalah hari untuk aku belajar!".
Teringat kata-kata seorang ustaz,"tarbiyah adalah perubahan!"
Perubahan dari segenap aspek...berubah cara percakapan, cara kita berfikir, cara kita menyelesaikan satu masalah, cara kita melihat sesuatu, dan cara kita menyelesaikan sesuatu tugas. Semua itu akan berubah bila mana nur tarbiyah telah kita praktikkan dalam diri.Sedarlah walaupun selama mana kita ditarbiyah,tetapi cara percakapan,pemikiran ,tindakan kita sama sahaja, tiada perubahan yang berlaku dalam diri kita, ini bermakna kita masih lagi tidak menyediakan diri kita sepenuhnya lillahi ta'ala.

Islam adalah agama yang mengambil berat dalam usaha, membebaskan manusia dari keinginan-keinginan nafsu, agar orang-orang islam dapat menentang kejahatan selaku seorang pejuang yang berani bukan selaku seorang yang pengecut.Kerana itulah manusia wajib bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.

Mulakanlah tahun baru ini dengan azam yang baru....kullu 'am wa antum bikhair

Tiada ulasan: