Rabu, 5 Januari 2011

Benar-benar teruji..

BERANI! BERANI!BERANI!!!
Engkau kan da'ei! da'eiyatun ilallah! mana boleh takut!

DI PERANTAUAN

Musim Imtihan pertamaku di Mesir....
banyak program di tawakkufkan jadi waktu lapang menguasai diri.Bukan tidak suka tetapi takut waktu terbiar .Berjaga2lah pada dua waktu iaitu waktu lapang dan waktu sihat.Ya Allah jangan biarkan waktu lapangku hilang dengan sia2.

MESIR..makin lama bermu'ayasyah dengan masyarakat mesir makin banyak perkara yang menyedihkan. Dahulu aku pelik apabila ada sesetengah orang yang mendalami sesuatu ilmu dan mengajak orang mengamalkannya, dalam masa yang sama diri sendiri sebaliknya.tetapi sekarang ia nyata berlaku didepan mata.Lindungi kami daripada sifat ini ya Allah.

Di Mesir tiada apa yang mustahil. Teringat peristiwa yang berlaku di kuliah. Waktu itu, kami sedang menonton satu tayangan filem kisah rasulullah s.a.w. tetapi gambar tidak jelas kerana lampu terpasang. Doktoroh yang sedang mengajar tidak puas hati dan cuba untuk menutup lampu, tetapi masalah yang berlaku ialah suis itu satu. Jika tutup lampu itu,maka akn tertutuplah lampu2 dikelas lain . Lalu doktoroh mengadu pada ablah(penjaga jamaah)....tiba-tiba datang seorang lelaki bersama playar,tanpa berfikir panjang memotong wayar lampu kelas kami. Maka teranglah tayangan filem tadi,dan kami duduk dalam kegelapan.kami tergamam. Tetapi doktoroh gembira sambil mengucapkan "syukran..syukran! laisa musykilah ya banat".... semuanya tidak mustahil.'',

Lain tempat lain ragam,semua tempat ada cabaran masing2. Ujian Allah pun, lain bagi setiap orang. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Percayalah Allah tidak akan menguji seseorang itu jika dia tidak mampu menanggungnya.Jauhnya diri ini jika dibandingkan dengan para sahabiyah terdahulu, jauh sangat perbezaannya. Iman mereka sangat teguh.Teringat kisah ahli yasir,yang mana seluruh keluarganya diseksa dengan zalim sekali. Yasir dibunuh dan Sumaiyah disula dihadap anak mereka Ammar.Kisah Bilal yang dijemur ditengah panas dan dihempap batu diatas dadanya,tetapi bilal tetap menyebut "ahad..ahad..ahad" yakni allah yang satu.Subhanallah, itulah ujian Allah pada mereka ia lebih hebat berbanding ujian Allah pada diri ini.

Allah menguji tahap keberanianku dengan cara aku terpaksa berjalan seorang diri di satu jalan yang kiri kanannya terdapat bangunan kediaman orang2 asing,kadang2 aku terpaksa duduk disebelah mereka(dalam bas) , sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagaimana adat kebiasaan mereka, kita tidak berapa fasih percakapn mereka..:) dan banyak lagi benda yang aku tidak tahu. Ada perkara yang baik dan ada yang sebaliknya. Seribu macam perkara yang boleh terjadi. Hanya Allah tempat sebenar2 pergantungan. Subhanallah... Allah pilih aku yang lemah ini supaya terdidik dalam keadaan sebegini...pasti ada hikmah!!

Kadang-kadang perasaan takut menyerang,nafsu malas menguasai diri. Banyak perancangan tergendala.Wahai diri! percayalah sekarang Allah sedang mentarbiyah para da'einya,jika kita berhusnuzon dengan Allah sebenarnya banyak sifat-sifat mahmudah terdidik dalam diri saat ini.

Sedar atau tidak setiap kali mahu keluar rumah, kita akan berfikir banyak kali, kalau aku keluar aku dapat apa? Berfaedah tak? Apabila kaki melangkah keluar pasti letakkan tawakkal yang tinggi pada Allah.." ya Allah sesungguhnya aku keluar rumah hari ini adalah semata2 keranaMU jika tidak, aku tidak akan keluar, peliharalah aku walau dimana aku berada"...sambil berjalan mulut pasti berzikir2 "bismillahi tawakkaltu 'alallah, la haulawala kuwata illa billah.."berkali2 sehinggalah diri rasa selamat.

hmm.... manisnya saat ini.Saat merasa Allah bersama2 kita.Saat merasa Allah melihat,melindungi,dan menjaga kita daripada sebarang bahaya. Indahnya saat bersamamu...
nikmat ini hanya akan dirasa oleh orang2 yang terpilih sahaja. Aku benar-benar jatuh cinta padamu ya Allah.


~doakan ana disini distabatkan hati ~
MUJAHADAH alquran fil qalb



Tiada ulasan: