Khamis, 15 Disember 2011

Study for ummah



8/1 Exam sem 1.Time to focus,study and exam.

Telah tiba kembali masa untuk menguji sejauh mana kefahaman kita selama ini. Terkadang tertanya-tanya kenapa di wujudkan peperiksaan?
Adakah sama belajar untuk menguasai ilmu dan praktiskan dalam kehidupan, dengan belajar untuk cemerlang peperiksaan? Jawapannya kita sendiri sudah tahu. Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.

Belajar untuk generasi akan datang.

MUMTAZ for UMMAH.

Sejauh mana kata-kata ini dapat memotivasikan diri kita. Kuasai,kuasai dan kuasai ilmu itu. Jangan sampai kelak jika kita ditanya,'kemana perginya ilmu yang kau pelajari?' 'aku tak tahu' itukah jawapan kita?

Susah,sukar,payah,lambat adalah satu penghalang. Mudah untuk memahami dengan bantuan guru, mudah juga untuk menghafal jika fahami maknanya.Tetapi sesusah mana pun kita belajar, sesukar mana pun kita bersengkang mata menyiapkan helaian-helaian nota.Sepayah mana pun kita berusaha memahamkan apa makna disebalik tulisan asing ini. Janganlah berhenti.

Masa depan generasi akan datang terletak pada kita. Allah pilih dan bantulah kami menjadi tentera yang menegakkan Agama Mu!

Tiada ulasan: