Jangan jauh dariku ya Allah..
Jangan biarkan aku berseorangan..
Aku tak mampu hidup jika kau biarkan aku..
Aku tak mampu menyusun hidupku tanpa bantuan daripada Mu..
Masaku adalah milikmu..
Tiada kuasa untukku menetapkan masa yang telah kau rencanakan untuku..
Aku pohon petunjuk daripadaMu..
Manisnya hidup,jika disetiap langkah dan percakapan kita adalah kerana Allah.
Hidupnya sebuah kehidupan itu, jika hati itu sentiasa mengingati Allah.Matilah kehidupan itu, jika hatinya lupa untuk mengingati Allah. Islam itu adalah agama cinta dan tiada cinta yang kekal abadi melainkan cinta pada Allah.
Tak tergambar bagaimana suana umat islam di zaman Rasulullah..
Bagaimana Umar Al-khattab yang bagaikan singa di siang hari, menitiskan air mata apabila mendengar alunan al-quran. Bagaimana suana para sahabat, terus melaksanakan apa yang Allah perintahkan tanpa bertangguh.
Memang sukar untuk melakukan tanpa keimanan(kepercayaan), kerana ni'mat yang akan menanti itu manis dan tidak ternilai pada barang duniawi.
Hanya padaMu aku bersujud.
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan." (An-nur:52)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan