Selasa, 22 November 2011

Penulisan




Bermula daripada kita mengenal huruf ABCD sehinggalah kita dapat mengeja, membaca, dan menulis. Urutan yang sama berlaku pada diri setiap individu.

Logikkah jika seseorang itu berkata, 'Saya sejak lahir lagi, pandai menulis' ataupun ' Saya pandai berjalan selepas sehari saya dilahirkan' ?

Tidak mustahil jika semua ini terjadi, kerana sifat Allah yang maha berkuasa atas segala-galanya. Tetapi jika kita lihat sendiri bagaimanakah Allah s.w.t menciptakan manusia secara berperingkat-peringkat? Daripada satu kejadian berubah menjadi bentuk yang lain, sehingga lahirlah satu jasad yang bernyawa. Peringkat- peringkat ini telah diterangkan oleh Allah s.w.t secara jelas, dalam surah Al-mu'minun ayat 12-14 :

" Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah, pencipta yang paling baik"

Allah s.w.t sendiri menciptakan sesuatu itu secara berperingkat-peringkat, apatah lagi manusia yang kerdil ini. Sudah semestinya peringkat manusia lebih berganda-ganda lagi.

Setiap perkara didunia ini berlaku secara berperingkat-peringkat. Bermula daripada pembelajaran kepada percubaan disusuli dengan pengamalan dan disempurnakan dengan penerusan amal.

Aku mahu jadi yang terbaik!

" Kalau nak jadi seorang penulis yang terbaik, tirulah cara penulisan penulis yang paling baik dan diminati "
" Tiru?"
"Ha'ah, tiru. Tak salah pun meniru sesuatu yang baik."
" Tapi seperti tiada identiti sendiri."
" Mula-mula kita meniru cara penulisannya, kita kaji bagaimana cara penulis ini dapat menarik ramai pembaca. Selepas itu baru bina identiti sendiri, bagaimana untuk memperkenalkan tulisan kita kepada para pembaca. Seperti kanak-kanak, bagaimana mereka tahu untuk berjalan, kaki di bawah kepala di atas, makan menggunakan tangan kanan, bermain, semuanya kerana mereka meniru gaya orang dewasa. Salahlah jika kita mengatakan, mereka tahu berjalan secara semula jadi."

Kesimpulannya, jalanilah kehidupan dengan sabar. Dakilah peringkat-peringkat kehidupan kita dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Fikirkanlah cara yang terbaik untuk bertindak. Kuatkan dan kukuhkanlah hubungan dengan Allah s.w.t. kerana,

ألا بذكر الله تطمئن القلوب
Dengan mengingati Allah jualah hati akan menjadi tenang


Tiada ulasan: