Rabu, 19 Oktober 2011

Lakukan sesuatu

" Kita kene pergi ke Barat! Sebab itu kita lihat semua negara yang maju bekerjasama dengan Barat. Lihat Malaysia, bagaimana dapat maju seperti sekarang? semua ini adalah jasa daripada pemerintah yang belajar di Barat. Jadi tetapkan azam dan cita-cita untuk sampai juga ke negara barat."

Tergamam seketika mendengarkan luahan pemikiran daripada seorang pegawai. Seribu kerutan terpamer. Cuba untuk memastikan bahawa tidak salah dengar,
" Akak dengar tak orang kat depan tu cakap ape?"
"Biar je la"

Ya Allah, dalam dewan yang mempunyai lebih 100 orang pelajar, tiada seorang pun yang berani bersuara membantah kata-kata pegawai yang berucap. Diri sendiri juga begitu.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Hebatkah kita jika kemungkaran di depan mata di pandang biasa?
~Jadilah seorang pencegah, kerana mencegah lebih baik daripada merawat~





Tiada ulasan: