Ahad, 9 Oktober 2011

Menghitung Diri

Situasi 1
" Apa masalah awak? awak ni memang susah nak terima pembaharuan kan? Sekarang ni lebih sistematik la."

Situasi 2
" Awak rasa apa sifat saya yang perlu diubah?"

"emm...jaga penampilan, sentiasa nampak kemas. Sebab saya selalu tengok awak biasa-biasa je bab penampilan. Awak memang suka pakai tudung hitam dengan mana-mana baju je kan."


Kedua-dua situasi ini jika dibaca sekali, pasti tidak berkaitan antara satu sama lain. Tetapi sebenarnya ia menguji sejauh mana kita sedar, dan sensitif dengan realiti dunia kini. Dunia yang diciptakan bergerak pada paksinya, diatasnya manusia yang terus maju ke hadapan memberikan banyak perubahan pada pemikiran. Melahirkan manusia yang mudah untuk mempersoalkan, tetapi yang membezakan diantara manusia ini adalah sejauh mana kemampuan dan kesungguhan kita untuk mencari jawapan?

Manusia yang memahami cara berfikir manusia lain, membantunya bergerak dalam ketenangan. Oleh kerana itu, belajar lah untuk menerima kekurangan orang lain dalam masa yang sama berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri. Jangan cepat melenting jika berselisihan pendapat.

Mungkin semua kemajuan ini nampak biasa, tetapi itulah realiti dunia. Kepelbagaian pemikiran menghasilkan kemajuan ini. Dahulu dapur arang, kini dapur gas. Dahulu basikal, kini motorsikal. Dahulu kereta lembu, dan kini.....

Dunia sekarang semakin matang, matang meniti usia. Manusia juga semakin matang dalam meniti kehidupan. Tidak hairan jika kini, manusia sentiasa mahu menuntut hak! Manusia sekarang semakin tahu apa yang perlu dikejar. Manusia sekarang tidak suka diperhambakan.
Banyak perubahan yang berlaku, dan yang paling ketara ialah perubahan pada cara berfikir. Sebenarnya tidak hairan jika kini, kita menyeru kepada ISLAM, masyarakat mudah untuk tertarik.

~IKHLASkan niat sentiasa. Percayalah Allah akan sentiasa menguji tahap keikhlasan kita~



Tiada ulasan: