Selasa, 20 September 2011

Senyum ^_^


Manisnya sebuah senyuman, lebih manis lagi jika ia disertai dengan sejuta keIkhlasan. Manusia biasanya, akan mengurangkan kuantiti senyuman apabila berhadapan dengan masalah. Tidak kira lah masalah itu berpunca daripada kesibukan diri bekerja, kepenatan menguruskan sesuatu, ataupun musibah menimpa. Semuanya menjadi asbab berkurangnya kuantiti senyuman.

Disini saya ingin berkongsi satu kajian diri sendiri. Senyuman sebenarnya memberi kesan positif pada wajah dan perasaan seseorang, begitu juga ia memberi kesan maksimum pada si pemerhati dan si penerima. Kerana dengan senyumanlah kita dapat tahu orang itu sedang ditimpa masalah ataupun tidak dan dengan senyuman juga kita dapat tahu orang itu marah ataupun tidak.

Tetapi seseorang yang marah dalam keadaan tersenyum dengan seseorang itu marah dalam keadaan mukanya bengis. Yang mana satu amarahnya menurun dahulu? Saya pasti anda tahu jawapannya.

Bukan mudah untuk tersenyum sekiranya tidak biasa, dan bukan mudah juga untuk masam sekiranya sudah biasa tersenyum. Bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'.

Mungkin sesetengah orang memandang remeh hal ini, kerana baginya buat apa senyum kalau tak ikhlas. Senyum itu sedekah, senyuman itu pengikat ikatan persaudaraan, senyuman itu penyejuk yang mendamaikan hati, senyuman itu cara menghilangkan prasangka, dan senyuman itu tanda kesyukuran.






Tetapi senyumlah pada tempat dan orang yang sesuai...  



 




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ukhti,
comel gambar ni~
insya allah,
lepas ni nak snyum lebar2 kat uti!

mujahidah berkata...

kinah lagi comel ;)