Khamis, 22 Disember 2011

Sensitiviti

http://www.youtube.com/watch?v=K30H51_VQUI&feature=related

Sedih apabila melihat keadaan manusia sekarang, sudah hilang nilai kemanusiaan. Teringat video seorang budak Cina yang cedera parah dilanggar kereta, tetapi orang-orang awam yang berjalan di sekitarnya hanya melihat dan tidak berhenti untuk membantu, semuanya sibuk degan kerja masing-masing. Sehinggalah budak itu dilanggar beberapa kali. Hal ini kerana peraturan di sana, sesiapa yang membantu mestilah bertanggungjawab untuk membiayai.

Fikiran manusia kini hanya memikirkan DUIT,cita-cita dan keselesaan diri sendiri. Rasa sentiviti terhadap sesama manusia semakin terhakis. Nilai dan adab-adab kemanusian juga semakin terhakis!
Usah kita lihat pada sesuatu yang besar, lihat sahaja pada diri sendiri. Tanyakan pada diri, adakah aku seorang yang sensitif pada saudara seislamku?

Bayangkan jika seorang ukhti datang ke rumah kita, adakah kita berusaha untuk menghidangkan makanan yang terbaik untuk ukhti tersebut? paling kurang pun seteguk air untuk ukhti itu menghilangkan dahaga. Ataukah kita masih berkira-kira, nak masak ker tak nak ye? Kalau masak nanti habis makanan rumah. Dah la duit rumah dah habis untuk bulan ni...

Astaghfirullah hal 'azim..Astaghfirullah hal 'azim..Astaghfirullah hal 'azim...
Sedihnya jika inilah yang sentiasa bermain difikiran kita. Sedihnya jika di bibir kita terucap kata-kata ini. Umpama tiada nilai sebuah ukhuwah itu. Ukhuwah yang sukar untuk dibina ini kian rapuh dek kerana sejumlah DUIT. Bukan sahaja ukhuwah tetapi juga sudah hilang sifat kemanusiaan yang telah disemai oleh Rasulullah kepada ummatnya iaitu kita.
Sabda Rasulullah s.a.w :
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

"Tidak beriman seorang kamu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri" 

Harta telah mengaburi penglihatan manusia. Memang tidak salah cara ini, kerana masing-masing tidak bekerja dan sedang berada dalam tanggungan ibubapa.Tetapi apa yang mahu ditekankan di sini adalah bagaimana sikap kita terhadap manusia. Bagaimana sensitiviti kita terhadap tetamu yang hadir membawa rahmat ke dalam rumah kita?

Percayalah pada janji Allah, akan disediakan tempat yang damai bagi orang-orang yang melakukan kebajikan. Kita tidak akan rugi sedikit pun, malah Allah akan berganda-gandakan keuntungan kita di akhirat kelak. Rugilah kita jika kita tidak merebut nikmat ini.

Ada orang bertanya mana yang lebih penting LOVE or MONEY. Kedua-duanya penting, kerana itu berdoalah pada Allah supaya dijauhkan daripada kefakiran. Teguran ini untuk diri dikongsikan bersama pembaca.

wallahu 'allam

Tiada ulasan: