Ahad, 17 Julai 2011

Inkuiri Tinggi



Kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir benar-benar mengubah cara pemikiran umat dunia.
'Kezaliman pemerintahan akan dapat ditumpaskan oleh kebangkitan rakyat' ini salah satu contoh pemikiran.

Apabila melihat kepada rakyat Mesir, satu kepuasan terpancar. Diraut wajah mereka terpancar satu keluhan kepenatan, umpama telah hilang segala belenggu yang memenjara. Lebih-lebih lagi tatkala Husni Mubarak ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.


Saya bertanya pada diri,apakah yang akan terjadi selepas saurah(kebangkitan) rakyat di Mesir ?
Adakah akan berkurangan peminta sedekah di jalanan ?
Adakah selepas ini rakyat Mesir akan hidup dalam aman dan damai tanpa sebarang penindasan?
Atau adakah selepas ini keadaan akan menjadi lebih bahaya daripada sebelumnya ?


Pertanyaan-pertanyaan itu telah terjawab kini, saya tiada bukti yang kukuh untuk mengatakannya tetapi cukuplah untuk kita sama-sama mendapat gambaran.

Ada seorang ustaz telah melihat bahawa peminta-peminta sedekah itu dibawah pengawasan satu sindiket. Apa yang mahu saya gambarkan disini, kerendahan tahap kemanusiaan di dunia. Jurang diantara orang miskin dan orang kaya sangat jauh. Bukan itu sahaja malah golongan miskin juga dipergunakan sesuka hati. Setelah pulang daripada saurah harapan yang menggunung saya letakkan untuk melihat Mesir bersih daripada peminta sedekah, tetapi itu hanya tinggal sebagai harapan.


Apa pendapat anda tentang keamanan Mesir selepas saurah?

Saya pernah mengajukan soalan ini kepada beberapa orang arab. Dua
jawapan yang saya terima,
jawapan yang pertama " selepas saurah kehidupan kami lebih aman, dahulu ramai yang ditangkap polis dan pergerakan kami terbatas. Kami tidak boleh membantah arahan pemerintah walaupun pemerintah itu zalim"
Jawapan yang kedua " selepas saurah Mesir dalam bahaya. Tiada pemimpin , penjenayah terlepas, masyarakat hidup dalam ketakutan dan banyak kes kecurian berlaku, jenayah ragut semakin menjadi-jadi "

Selepas melihat sendiri sahabat diragut di depan mata, barulah hati ini mengakui bahawa jawapan yang kedua itu ada benarnya. Apabila memikirkan peristiwa itu, terdetik kepelikan dihati. Bukan untuk memeningkan sesiapa tetapi sengaja mahu meluahkan apa yang terbuku didalam dada.

Allah benar-benar maha adil, dia tidak meletakkan semua musibah kepada seorang daripada hambanya. Tetapi musibah itu dibahagikan kepada semua hamba-hambanya. Supaya semuanya kembali mengingatinya. Kejadian itu benar-benar tidak diduga, ia berlaku sepantas kilat. Sehingga sekarang saya masih lagi tertanya-tanya bagaimana saya boleh cedera, sedangkan yang diragut adalah sahabat saya.


Tiada ulasan: