Sabtu, 2 Julai 2011

RINDU


Rindu itu adalah nakirah kerana itulah dia sering bersandar dengan sesuatu. Contohnya rindukan keluarga, rindukan Allah, rindukan Ramadhan, rindukan adik-adik, rindukan masakan bonda, rindukan rakan-rakan dan pelbagai lagi sandaran.


Rindu itu juga boleh dikategorikan sebagai perbuatan, dan setiap perbuatan memerlukan kepada pembuat. Contohnya aku rindukan Allah, aku rindukan adik-adik, tetapi aku lebih rindukan Ramadhan.


Tirai Rejab baru sahaja mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada Sya'ban, dan Ramadhan pula sedang melakukan persiapan yang paling rapi untuk mejelma.


Dup..dap..dup..dap hatiku berdebar menyambut Ramadhan. Azam tahun ini, akan aku jadikan Ramadhan tahun ini adalah yang paling baik seumur hidupku, insyaAllah.

اللهم بارك لنا في رجب و شعبان وبلغنا رمضان


4 ulasan:

almuqaddasah berkata...

rindu itu nakirah..

suka:)

mujahidah berkata...

maryam!
ade2 jer maryam..

~waktu tu fatrah keqawaidan..he3~

nur_telaga berkata...

rindu itu nakirah...hehe suka jugak..bijak nahdhiyyah nie.hmm..apa jadi ye kalau rindu tu ma'rifah

mujahidah berkata...

nur_telaga ni k.kaustar yer?
maaf kalau silap..he3