Isnin, 25 April 2011

Semangat tanpa keberanian itu sia-sia




Terngiang-ngiang di telinga kata-kata seorang murabbi, katanya:" Sekarang umur ustazah 40 tahun, baru muncul di tv untuk berdakwah pada masyarakat.Ustazah nak antunna lebih awal lagi dari ustazah! boleh?" kata-kata ini benar-benar menusuk di hati, bukan diukur dari segi merebut kemahsyuran ataupun untuk dikenali oleh ramai orang. Tetapi ukurannya adalah keberanian! keberanian menyampaikan apa yang kita imani. Keberanian menyampaikan pandangan. Keberanian dalam melontarkan soalan yang bermain di fikiran. Keberanian dalam menerima dan Keberanian berinteraksi dengan masyarakat.

Sampai bila sebenarnya?

Sampai bila kita mahu memisahkan antara semangat dan keberanian ?

Sampai bila ilmu yang terpekung di dada mahu terus disimpan?


*****



Kadang-kadang aku tertanya pada diri sendiri :



Aku semangat untuk berjuang,tetapi mengapa apabila melihat kemungkaran aku terdiam?

Aku semangat untuk menyampaikn ilmu yang aku perolehi, tetapi mengapa aku masih lagi sibuk menelaah buku sampai tidak sempat menyampaikn?

Aku semangat mengkhatamkan buku-buku fikrah, tetapi apabila tiba masa perbincangan mengapa aku terdiam tanpa melontarkan apa-apa pandangan?

Aku semangat mendengar ceramah para murabbi, tetapi apabila muncul kekeliruan aku terdiam tanpa melontarkan persoalan.




*****






Semangat itu mudah untuk dinaikkan, kerana ia juga mudah untuk luntur.Realiti yang boleh kita lihat hari ini, telah tertiupnya ruh kebebasan umpama tertiupnya angin. Bermula dari negara Tunisia hinggalah ke seluruh negara arab . Rakyat mahukan kebebasan, bebas daripada kerajaan yang zalim. Sudah termakbul doa kita pagi dan malam,
"katakanlah ya Allah pemilik kekuasaan alam buana, engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka,engkau merampas kekuasaan itu dari sesiapa sahaja yang engkau mahu, di tanganmu segala kebaikan dan kekayaan..."


~Tiada pengalaman yang paling manis selain daripada mengalami sendiri suasana ala-ala peperangan di mesir. Kami adalah insan-insan terpilih~




*****


Kita manusia merancang,

Allah juga merancang,

Tetapi Allah itu sebaik-baik perancang.



Susunan Allah HEBAT, Allah meletusnya gunung berapi kemarahan rakyat-rakyat mesir. Semarakan apinya dapat menumpaskan sekumpulan singa yang telah sekian lama bermaharajalela memerintah secara zalim, dan mereka sewenang-wenangnya membaham sesiapa sahaja yang disangka mengganggu kedudukan mereka. Tetapi sehebat mana pun perancangan mereka, Allah juga merancang, dan perancangan Allah berganda-ganda hebat.Kesatuan rakyat Mesir telah menghasilkan satu gelombang besar dan tidak mustahil gelombang ini juga akan digunakan untuk mendaulatkan ISLAM.



Mungkin ikhtibar yang boleh kita perolehi disini, dalam sibuk bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha sehabis yang boleh, jangan lupa untuk bertawakkal dan berharap pada Allah kerana Allah yang menentukan segala-galanya. Berharap dan takutlah pada Allah sahaja.Allah tidak akan menghampakan harapan hamba-hambanya. Takutlah pada azab Allah kerana tiada azab yang lebih dahsyat daripada azab neraka jahannam.


Bangun wahai ummah, Bangun!

Tinggalkan kemalasan dan kerehatan!

Satukanlah semangat dan keberanianmu!

Jadikanlah ilmumu itu sebagai peledak kemarahan bom!

TAKBIR!!






Tiada ulasan: