Isnin, 7 Mac 2011

Perancangan Allah


SEDIKIT PERKONGSIAN

Alhamdulillah Allah memberikan sedikit waktu untuk menulis. Walaupun perasaan untuk menulis ni sudah membuak-buak sejak daripada mula-mula pulang dari mukhayyam lagi. Tetapi kadarullahu masya’a, dan semua yang berlaku adalah dengan izin daripada Allah.

Tulisan kali ini dituju khas buat akhawat fillah, yang sama-sama berusaha untuk terus berjihad dalam dakwah ini.Sedikit perkongsian daripada Mukhayyam akhawat Pahang 2011.InsyaAllah bermanfaat.


****


HARI PERTAMA YANG PENUH DENGAN HIKMAH

Pendaftaran peserta pada jam 8a.m(siapa lewat kene rendam dalam kolam..katanya;>)

Seperti biasa akhwat-akhawat akan berusaha untuk sampai tepat pada masanya. Di rumah,

“ukhti cepat!siapa lewat nanti kene denda” kata umi. Alhmdulillah sewaktu kami sampai masih sikit orang disana. Kami ini tergolong dalam assabiqun alawwalun la jugak.

KONSULTAN YANG SAMA TETAPI PERMAINAN YANG BERLAINAN

Seingat ana mukhayyam tahun lepas kami bersama PokNik ( ketua fasi )dan tahun ini pun sama. Tetapi untuk hadaf yang berbeza, permainan juga berbeza. Tema untuk MK tahun ini, ‘Organisasi Mantap Dakwah Hebat’.

Berobjektifkan 3 perkara pengorbanan,organisasi kolektif,dan biah tarbawi.Perubahan yang wajib kita lakukan kini.

Pada permulaannya kami diberi 5syarat:

1.Nawaitu

2.Berfikiran terbuka

3.Berlapang dada

4.Fokus

5.Redha(syarat yang paling seram,apabila terpaksa redha je apa yang terjadi..:>)

****


DIDENDA

Firts2 main dah kene denda… kesalahannya tidak mendengar arahan ketua(ibrah yang terlalu manis,dalam sesuatu jemaah walaupun niat kita mahu menolong orang tetapi isti’zan pada mas’ul adalah penting).Permainan membawa air dengan menggunakan batang paip yang berlubang2,pada mulanya bilangan ahli sedikit..semakin lama bertambah dan semakin bertambah. Lagi bertambah bilangan ahli,lagi sukar untuk mengawal .Begitu juga di dalam jemaah. Walaupun begitu,kerja akan menjadi mudah sekiranya kita mempunyai organisasi yang mantap.

****


LIKU-LIKU ZAINAB AL-GHAZALI

Aktiviti yang paling best, menempuh rintangan ala-ala zainab al-ghazali( tetapi tak sehebat beliau). Kami merangkak di atas ais yang sejuk,direndam didalam air,dan duduk tahyat akhir selama beberapa minit. Apabila balik rumah sakit satu badan. Subhanallah tak tergambar rasanya bagaimana zainab bint ghazali menempuh penderaan ini berulang-ulang kali,dicampur dengan sebatan-sebatan sang syaitan yang tidak berperikemanusiaan. Sang syaitan yang mengaku sebagai islam ,tetapi sanggup menyeksa seorang muslimah seagama. Astaghfirullahal ‘azim...Sedikit perkongsian yang tak seberapa.InsyaAllah apa yang baik bolehlah dijadikan ibrah.

MUKHAYYAM GANTI YANG HEBAT....Alhamdulillah perancangan Allah yang TERBAIK. Tak pernah terfikir rasanya dapat pulang beramai-ramai. Rancangnya untuk pergi mukhayyam tertunai juga tetapi di tempat yang berlainan. Demostrasi bertukar revolusi. Aku percaya di Mesir kelak perubahan akan berlaku…dari segenap aspek.

Tiada ulasan: