Tiada perasaan yang paling indah, melainkan perasaan sayang dan kasihkankan Allah. Sayang yang tersangat -sangat sayang, tiada nikmat yang boleh menandingi nikmat ini.
Perasaan ini tidak boleh di gambarkan. Dan tidak boleh difahami melainkan merasainya sendiri. Satu tenaga yang sangat kuat. Sehinggakan setiap hari air mata akan mengalir kerananya.
Keyakinan dan kepercayaan yang tinggi. Bahawa Dia juga merindui diri ini, hambanya yang lemah yang hina. Hamba yang sentiasa ragu-ragu akan pertolongannya. Hamba yang bangga dengan nikmat yang Dia pinjamkan. Hamba yang sentiasa rasa dirinya Baik! tanpa sedikit pun rasa terkilan pada hak-hak Allah yang belum pun ditunaikannya.
Muhasabah diri~
suka untuk berkongsi kata-kata seorang ukhti untuk peringatan bersama,
" selang mendoakan ukhti, kuatkan pergantungan dengan Allah. Serahkan sepenuhnya padaNya, yakin pada diri. Imtihan untuk menjadi qudwah, kecemerlangan dikejar semata-mata li i'laa kalimatullah "
Tetapkan dengan jelas apa hadaf kita belajar. Fahamkan dengan sejelas-jelasnya maddah yang kita ambil. Kuasai sehingga kita boleh sampaikan pada orang lain. Allah akan memberi apa sahaja yang hambanya minta, tetapi adakah hamba akan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan apa yang Allah perintahkan?
Allah minta kita kuasai ilmu, kata utusannya s.a.w :" Menuntut ilmu fardhu bagi setiap muslim" dan siapa muslim itu jika bukan KITA!
Allah permudahkanlah kami menuntut ilmu. Dan kepada para pembaca doakan kami disini. dipermudahkan segala urusan~
2 ulasan:
teringat satu ungkap firman-Nya. dalam surah Al-Hijr, ayat 97-99;
Allah swt telah rangkumkan satu formula, jikalau kita rasa doyyiq, (tak kisah apa pon jua puncanya), makacari ketenangan pada sandaran Allah swt- bertasbih & beristighfar kepadaNya, sampaaaaailah, keyakinan kita kat Dia membumi dalam diri. Sampaaaailah, Allah menjemput kita, dalam keadaan redha dan diredhai :)
Insha-Allah Utik @ Ukht, kehidupan kita ni, sepertimana keyakinan dan kepercayaan kita pada Dia, kan ? Indahnya, bila kita akur nikmat tarbiyyah, menjadikan kita kenal siapa Dia. Nikmatnya, bila kita atas jalan dakwah,memupuk thiqah sepenuhnya pada Dia.
Utik, doakan mujahadah kita bersama ya <3 uhibbuki fillah
insyaAllah 'atiqah ;)
Catat Ulasan