-(اللهم إنا نسألك فهم النبيين ,وحفظ المرسلين , والملائكة المقربين)-
اللهم اجعل ألسنتنا عامرة بذكرك , وقلوبنا بخشيتك ,وأسرارنا بطاعتك إنك على كل شيء قدير ...
اللهم إني استودعك ما قرأت وما حفظت فرده إليّ عند حاجتي إليه انك على ما تشاء قدير و حسبنا الله ونعم الوكيل ...
اللهم آمين
AKHLAK
Akhlak bukanlah perbuatan yang memerlukan masa untuk kita berfikir. Akhlak bukanlah satu adat. Dan ia juga bukanlah sesuatu yang diwarisi. Akhlak adalah satu tabiat individu. Tabiat itu diperolehi dengan didikan dan kesedaran. Sebagaimana Rasullullah s.a.w bersabda yang mafhumnya " sesunguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak"
Bagaimana kesungguhan kita untuk menyemai sebanyak mungkin akhlak mulia di dalam diri? Sifat wafa'(setia), hilm(lemah lembut), syuja'(berani),sidq(benar),amanah,sabr(sabar) dan banyak lagi sifat-sifat mulia.
Salahlah jika kita katakan 'aku ni panas baran sebab ayah aku panas baran' , 'keluarga aku tak la baik sangat, sebab tu aku jadi macam ni'. Akhlak mulia itu bukan sesuatu yang diwarisi, tidak dinafikan faktor keluarga mempengaruhi akhlak kita. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh diubah dan disemai.
"قول رسول الله صلى الله علية و سلم : " إنما بعثت لإتمم مكارم الاخلاق
Rasulullah sudah diutuskan untuk memperbaiki akhlak, jadi bagindalah qudwah kita.
UKHUWAH
Bersatu teguh,bercerai roboh. Begitulah ukhuwah(ikatan persaudaraan), kuat dan hebatnya sesuatu kumpulan itu jika persaudaran sesama ahlinya rapat. Seseorang individu itu tidak mudah untuk lalai sekiranya saudara-saudaranya saling menguatkan antara satu sama lain. Fakta ini semua orang tahu. Perbezaannya hanyalah ada yang memandang penting dan ada yang tidak hairan pun.
Masalah yang selalu timbul adalah apabila syaitan cucuk jarum, sikap suka menyimpan sangkaan2 buruk sesama saudara.
Suka untuk saya berkongsi kata-kata seorang ukhti tentang Analogi 'kasut'. Cuba kita pakai kasut kawan kita. Selesa tak? Pasti tak seselesa kasut sendiri kan. Kasut ukhti kita pun tak sama rasanya dengan kasut kita, inikan pula kita nak bersangka buruk dengan ukhti. Layakkah kita? Kita tidak pernah merasai pun kesedihan yang ukhti kita alami, kita pun tak tahu pun apa yang ukhti kita fikir dan kita pun tak tahu apa yang sedang membelenggu fikiran ukhti. Layakkah untuk kita bersangka buruk pada ukhti kita? Layakkah untuk mengata itu ini sedangkan kita tidak pernah pun duduk di tempat ukhti kita. Sabda Rasulullah s.a.w :
«المؤمن أخو المؤمن كالجسد الواحد إذا اشتكى شيئاً منه وجد ألم ذلك في سائر جسده وأرواحهما من روح واحدة».
Ilmu itu adalah sebaik-baik bekalan dalam kehidupan, dengannyalah kita tahu kenapa kita wajib berakhlak mulia. Dengannyalah kita tahu kenapa kita perlu menjaga ukhuwah. Ilmu juga menetapkan hati kita untuk terus bergerak menuju syurga Allah s.w.t.
" Ukhti, imbangkan antara semangat dan ilmu. Jangan terlalu semangat tanpa ilmu "pesanan ummi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan