Selasa, 25 Disember 2012

History of Syariah Islamiah

Sejarah membuktikan bahawa semua perkara memerlukan tempoh tertentu untuk gemilang. Begitu juga Syariah. Bagaimana Allah SWT dapat mengubah kehidupan manusia supaya tunduk kepada hukum syariah?

Jika berkata tentang syariah, kalimah ini dari segi bahasa berasal daripada syara'a seerti sanna yang bermaksud mengubal undang-undang. Kalimah syariah pada asal penggunaannya ialah seumpama satu bekalan air kepada manusia untuk minum, kemudian orang arab menggunakan kalimah ini sebagai penunjuk jalan lurus yang membawa manusia kepada kebaikan. Kalimah ini dirakamkan dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Jathiyah yang bermaksud :

" Kemudian kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui. "


Apabila berbicara tentang hukum syariah, ramai akan membayangkan hukum hudud. Mencuri akan dipotong tangan, berzina akan direjam atau disebat, membunuh akan dibunuh kembali dan banyak gambaran-gambaran ganas yang dibayangkan oleh masyarakat.
Sehinggakan ada yang mempersoalkan, adakah hukum syariah masih releven untuk di amalkan di zaman sekarang?

Mari tukar paradiqma kita terhadap syariah!

Bagaimana Rasulullah SAW dapat mengubah masyarakat jahiliyah daripada kegelapan kepada cahaya?

SEJARAH SYARIAH

Sebelum Rasulullah SAW diutuskan sebagai rasul, masyarakat arab hidup tanpa sistem. Kehidupan mereka tanpa ikatan agama, tiada undang-undang. Jiwa mereka dahaga, kepercayaan mereka terhadap berhala adalah sesat. Setiap kabilah daripada mereka berusaha menghidupkan kepercayaan nenek moyang masing-masing. Tiada sedikit pun kebaikan daripada amalan mereka.

Sehinggalah Allah SWT menurunkan risalah Islam. Bermula di jazirah arab sehinggalah tersebar ke seluruh pelusuk bumi.



Bersambung...

Rujukan :  Tarikh Tasyri' Islami Syariah Tahun 1,Universiti Al-Azhar.


Nahdiyyah bt Rushdan

Siswazah Syariah Islamiah Al-Azhar 
Kaherah, Mesir. 


1 ulasan:

ha|ana|zak25 berkata...

utik.

bitawfeeq wa najah :)