Sabtu, 21 April 2012

Risalah






Teruja berjumpa pendidik ketika di STAM. 

Ustaz yang mengajar subjek Mantiq, mata pelajaran yang perlukan fokus yang tinggi untuk memahaminya. Teringat dahulu apabila belajar tak sampai sejam dah tersengguk-sengguk, bukan kerana tidak best tetapi kerana tidak faham, kerana pemikiran itu berpusing-pusing dan akal ini cepat sangat buat kesimpulan.

" Manusia adalah haiwan yang bercakap" apa maksudnya?

Ilmu mantiq adalah sebuah ilmu pemikiran, ilmu yang penting bagi memahami aliran pemikiran kini, bagaimana boleh lahirnya Komunism, Liberalism dan pelbagai lagi. Kata ustaz kini kita memerlupakan para asaatizah yang khusus dalam bidang ini.


Suka untuk berkongsi risalah yang diberikan kepada umat Islam seluruh dunia dan khusus untuk rakyat Malaysia, ketika Majlis Perkongsian bersama wakil Aman Palestin Ustaz Sharuzaman yang baru pulang daripada Gaza.

1.Bumi Palestin adalah bumi umat Islam.
2.Rakyat Gaza mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Gaza. 
3.Wilayah Gaza adalah aman dan selamat. 
4.Gaza perlu dibebaskan. 
5.Gaza dan Palestin akan terus berjuang.

Disini ada beberapa persoalan yang jawapannya sangat memberi motivasi kepada kita,

Apakah yang menjadi motivasi rakyat Gaza untuk terus berjuang?

Satu hari nanti kita akan solat berjemaah di masjidil Aqsa. Itulah harapan mereka dan kita juga.

Bagaimana wanita Gaza mengawal emosi mereka?

Ta'jub dengan cerita ustaz. Apabila soalan ini ditanya, ustaz menjawab bahawa wanita-wanita Gaza mereka dididik untuk mengajar anak-anak mereka mati syahid. Subahanallah! Seorang ibu yang mengandungkan anaknya 9 bulan yang akan gugur syahid di medan perang. 
Anak-anak Gaza juga di ajar berdikari, kata ustaz kanak-kanak Gaza bukan jenis apabila diberi sesuatu barang mereka terus mengambilnya, tetapi mereka diajar apabila mereka melakukan sesuatu kerja baru dapat hasilnya. Satu susuk peribadi yang sangat hebat.

Adakah telah masuk pengaruh-pengaruh luar di Gaza?

Gaza sama seperti negara-negara lain, adanya pengaruh media massa, adanya berlaku jenayah adanya manusia-manusia yang 'huha huha'. Tetapi bagaimana Gaza itu boleh menyatukan rakyatnya untuk menentang penjajah Zionis dengan seluruh jiwa raga? Itu yang menjadi persoalan kini. Dan salah satu faktornya adalah kefahaman, kefahaman tentang Islam yang sebenar.

Jadi tidak mustahil untuk kita untuk teruskan perjuangan ini walau dimana kita berada. 
Palestine in my heart. Tarbiyah is the solution.

Tiada ulasan: