Rabu, 25 April 2012

Menongkah Arus

Perbualan di kedai makan..

" Yang tu bukan cara berfikir budak dirasat!... Budak dirasat ni, dia fikir dari mana sumber masalah, apa Allah  firman dalam quran, apa sabda Rasulullah s.a.w. Mungkinlah minda kita akan terbuka sedikit, jika baca jidal-jidal dalam FB. Tapi apa tindakan seterusnya....?"

Perbualan singkat ini, membuatkan hati ini tersentak. Merah padam muka menahan malu. Bukan malu pada siapa yang berkata-kata, tetapi malu pada Allah s.w.t, bertubi-tubi persoalan menjelma di ruang pemikiran.

Aku macam mane?
Aku kene buat macam mane?
Biasanya apa respon aku??

" Sekarang pelajar-pelajar tak betul-betul kuasai bidang masing-masing, baik yang dirasat mahupun yang medic. Kalau macam tu la keadaannya, terkubur la jemaah. Kalaulah jemaah itu punyai jundi-jundi macam ni...jundi-jundi yang tak serius..yang hanya mahukan kesenangan."

Maaf bagi yang terasa dengan kata-kata ini. Nasihat ini walaupun ditujukan pada diri ini, tetapi cukup bermakna untuk sesiapa sahaja sekali pun bagi diri yang memberi nasihat.

Benarlah hidup ini bagaikan roda. Sejarah pasti akan berulang. Kita yang mencorakkan sejarah kita.

Perbualan bersama ahli beyt...

"Sedihnya, nanti mesti ramai yang akan pulang ke Malaysia. Tinggal kita jer kat sini.."
"Apa nak sedih-sedih, kalau sedih pun bukan menyelesaikan masalah!"

Terdiam seketika. Perbualan secara tak formal dengan ahli rumah, walaupun tak banyak cakap tapi cukup untuk melahirkan jiwa yang kental, tak ciwet kata orang kampung. Peribadi yang sensitif pada keadaan, tetapi memandangnya dalam kontaks jangka masa panjang dan rasional.

Miss 1 : " Kuno la ko ni!! tak up to date langsung!"
Miss 2 : " Wau, jenama terbaru la! hebat la ko ni! trendy habis "

Mana satu yang kita mahu jadi? Sekarang arus jahiliyah sedang menguasai dunia. Mahu tidak mahu, try to unfollow the trend. Saya tutup dengan sebuah hadis :
 
قال عليه الصلاة والسلام :{بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ فطوبى للغرباء} [رواه مسلم]

wassalam.

Tiada ulasan: