Sabtu, 23 Januari 2010

TANGGUNGJAWAB.....


Bila tiba saatku berfikir-fikir,
hatiku merasa sayu,
pelbagai pertanyaan merawang-rawang di minda.
apakah tanggungjawabku?
adakah aku telah melaksanakanya?
adakah aku telah melaksanakannya dengan sempurna?
ataukah aku sekadar melepaskan batuk ditangga?

tiba-tiba....
fikiranku menerawang lebih jauh,
tidak dapat dibendung...
hati rasa sebak...
setitis air mengalir...
pelik?hmm...
teringat rakan-rakan seperjuangan,
saat berjuang bersama-sama.
rindu saat itu,semua kerja menjadi mudah.
saat bekerja semuanya serius,
tapi...
bukan itu yang aku tangisi,
aku sedih kerana...
banyak kerja yang belum aku lakukan,
adakah aku terlalu sibuk daripada mereka?
ataukah aku tidak mampu melakukannya seorang diri?
atau diriku telah dikuasai oleh penyakit MALAS?
malunya aku...!
pasti! mereka sekarang sedang berlumba-lumba
melaksanakan takliifu rabbani,
tapi aku??
ya Allah!
apa yang patut aku jawab pada rabbul'izzati?
seandainya DIA menanyaku,

APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN PADA TANGGUNGJAWABMU?

Tiada ulasan: