Rabu, 13 Januari 2010

ALLAHUMMA 'AFINII FI BADANI....


Bismillahhirramanirrahim,pejam celik,pejam celik..
Alhamdulillah sudah dua minggu bekerja sebagai muallimah...
Alhamdulillah masih boleh bertahan.

Al-kisah Hari Pertama masuk ke kelas...

Permintaan pertama pelajar :
"Muallimah,muallimah garang la sikit."
Tergamam saya.
Saya rasa dah nak terkeluar anak tekak saya marah,dia cakap saya tak garang....huh.
Sungguh mencabar.

Soalan prtama yang ditanya oleh pelajar :
"Muallimah,muallimah pernah mengajar tak?"
hehe..sedihnyerr.
Bagi saya soalan tu terbahagi kepada dua cabang sama ada, pelajar tu betul2 nak ta'aruf muallimah ataupun sekadar mengejek?(sebab tak pandai mengajar)
Takpelah husnuzon2

Minggu kedua....
Alhamdulillah,dapat menyesuaikan diri.
Tak tersalah jadual kelas dah....hehe(minggu pertama selalu tersalah masuk kelas)
Yang paling seronok dapat kawal satu kelas...supaya diam.
Sehinggakan ada seorang pelajar gelar saya "harimau"....hehe tak tahu la kenapa???
Rasanya ramai pelajar yang sudah kene ketam muallimah...he3
Mana tidaknya muallimah ajar kat depan dia mengajar pulak kat belakang..hmm kan dah kene ketam muallimah...hi3

Kata-kata tulus daripada sanubari...
Memang tidak dapat dinafikan,untuk jadi muallimah sekolah rendah adalah amat mencabar bagi saya!(selepas bekerja baru tahu..he2)
Kata seorang muallimah : "tenaga kita mestilah sama banyak dengan tenaga budak2.
kalau dia boleh berlari kita pun kene berlari!dia boleh menjerit kita pun kene menjerit jugak."(sebabtulah baru 2 minggu kerja suara dah hilang...huhu)
huh...barulah terfikir betapa susahnya dulu muallimah2 kita mengajar kita supaya pandai.
"SYUKRAN MUALLIM MUALLIMAH KERANA BERSABAR MENGAJARKU DAHULU!!!"

Alhamdulillah ya Allah,kerana memberi aku kesempatan merasai pengalaman bergelar muallimah.Kadang-kadang rasa futur menyerang..Tapi mesti lawan!
Setiap pagi tajdid niat..pergi ke sekolah hari ini adalah untuk mengajar para mujahid dan mujahidah islam.(barulah rasa semangat..he3).
Ingat!! merekalah nanti yang akan meneruskan tugas kita sebagai da'ei,sekiranya kita sudah tiada.

"Ya Allah kuatkanlah hambamu ini,kreatifkanlah fikirannya,supaya mudah untuk dia menarik minat anak2 muridnya untuk belajar. Ya Allah sihatkanlah tubuh badannya,supaya ibadahnya sentiasa khusyu' kepadaMu dan dia boleh menjalankan takliifu rabbanie.ameen..."

wailalliqa'

Tiada ulasan: