Isnin, 30 November 2009

"ORANG YANG PALING TINGGI KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI, ADALAH ORANG YANG TINGGI KEYAKINANNYA PADA ALLAH"


Seperti qudwah hasanah yang telah di tonjolkan oleh allah dalam kisah nabi ismail 'alaihissalam.
Apabila nabi ibrahim 'alaihissalam menceritakan tentang mimpi baginda kepada anak kesayangannya nabi ismail 'alaihissalam.Nabi ismail 'alaihissalam tanpa teragak-agak menyuruh ayahnya melaksanakan perintah tersebut.

Subhanallah, begitu mulia hati baginda,begitu tinggi keyakinan baginda kepada sang pencipta. Baginda tidak melenting sedikit pun apabila baginda diperintahkan untuk menjadi korban.
Alhamdulillah berkat keyakinan baginda yang tinggi pada al-'alim.allah telah menukarkan baginda dengan seekor kibas untuk dijadikan korban.
Allah juga menjadikan ibadah korban sebagai ibadah sunat untuk umat islam sehingga akhir zaman,
setiap kali 10 zuhijjah menjelma umat islam pasti berlumba-lumba melakukan ibadah korban sebagai tanda kasih sayang pada allah ta'ala.

Marilah kita muhasabah diri... sejauh mana tahap keyakinan kita pada rabbul'izzati....

"YA ALLAH ENGKAU YANG MENCIPTAKAN HATI-HATI KAMI,ENGKAULAH YANG MEMEGANG HATI-HATI KAMI,ENGKAU JUALAH YANG MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DI HATI KAMI INI"

Rabu, 25 November 2009

AIDILADHA...


Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 27Nov 2009 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masihi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini. BERNAMA

Teringat kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail.Kisah ini meninggalkan impak yang besar pada sejarah islam.



Selasa, 24 November 2009


Tiada kata yang dapat diungkapkan
Tiada rasa yang dapat di gambarkan

Tiada kawan untuk ku luahkan

Hanyalah ya 'alimun

Yang mengerti luahan hatiku ini








Benarlah kata salah seorang murabbi, hidup ini perlu berjemaah kerana apabila bersendirian ada makhluk lain menjadi peneman.
Mungkin pada ketika itu kita tiada kekuatan untuk melawan .
Berbeza pada masa kita berjemaah sering kali kedengaran larangan-larangan yang menjadi benteng penguat iman , pekerjaan yang susah menjadi senang,bergembira bersama-sama,di kala kesedihan ramai menjadi pemujuk dan apabila di timpa masalah, semua bertukar-tukar pendapat bagi mencari jalan penyelesaian.
Ahhhhh.... indahnya jika semua itu dapat dirasakan kembali.
Insyaallah semua itu dapat dirasakan kembali...insyaallah.. kita mesti cipta biah tersebut,di mana-mana kita berada.Betul!!!!kita mesti cipta biah tersebut... sekali di rumah sendiri
walaupun ia adalah satu perkara yang sukar...
Mungkin disinilah allah nak uji tahap iman kita..istiqamah tak kita dengan amalan-amalan sunat?
Kehidupan bersama rakan-rakan seperjuangan hanyalah tempat melatih diri..jika mahu lihat keberkesanannya lihatlah ketika kita berseorangan..





"YA MUQALLIBAL QULUB,STABBIT QULUBANA 'ALA DEENIK,'ALA TO'ATIK,
'ALA TORIQU DAKWATIK"

Ahad, 22 November 2009

USRAH

alhamdulillah...
akhirnya dikabulkan permintaan
untuk merasai kembali kehangatan sebuah halaqah
yang mana hatinya berkumpul semata-mata untuk
mencari mardhatillah...








Terkenang ketika mana penulis di Matrikulasi Al-Azhar.
Penulis dan teman-teman sentiasa mencari berjuta alasan untuk ke halaqah
pengalaman yang tidak dapat dilupakan....
Kami terpaksa berjalan kaki
dari rumah sewa kami ke idarah tempat kami berhalaqah
semuanya kerana sebuah halaqah.
Sehinggakan pernah satu ketika sedang kami berjalan menuju ke idarah
kami terserempak dengan seseorang
'?'
dupdup,dupdup...jantung kami berdegup kencang
kami terus menyorok......~diam~
aqal ligat mencari idial
kaki terus bergerak pantas[alhamdulillah pakai kain... kalau tak ....:) ]
tapi dalam hati tak pernah terlintas untuk patah balik
Bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi abu...
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

Benarlah kata seorang kakak

"sebenarnya kalau kita berada dalam zon tercabar..kita lagi bersemangat nak melawan,
tapi kalau kita dalam zon selesa...kita akan mudah terlena"



Sebab itulah para sahabiah lebih rela diuji
dalam bentuk kekurangan,kepayahan daripada kesenangan dan kekayaan
benar! kesenangan adalah ujian...ramai manusia lupa akannya...

Sabtu, 21 November 2009

DA'EI kecil

Lahirmu bagaikan kain putih
Jauh dari dosa dan noda
Terpulang pada tuanmu mencorakkannya
Semangat juang tuanmu
Menjalar ke dalam tubuh
Seperti Sumayyah mencorakkan Ammar




Tetapi perlu di ingatkan
Zaman moden ,era baru,dunia canggih
Pelbagai noda hitam berterbangan
Bagai udara memenuhi cakrawala
Andai tiada penghadang
Hancurlah ruh dan jasad




Wahai tuan
Si pemilik kain putih
Berikanlah penghadang untuk kain putihmu
Yang paling mahal nilainya
Yang bernilai di dunia mahupun akhirat
Agar terselamat sekalipun daripada debu
Da'ei2 kecil lahir
Maka tertegaknya daulah islamiah
Takbir....Takbir...Takbir.Allahuakbar....

Jumaat, 13 November 2009

HAYATILAH SEJARAH



Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika rasul ada disisi
Para sahabat mentadbir bumi


Zaman nubuwah era khulafah
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan




Di celah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah toifah di sini
Bara tak pernah padam
Di genggam kukuh sebuah azam



Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah allah
Agar terbangun
Dunia Baru Islam

Khamis, 12 November 2009

THINK...

"kasih allah pada hambanya lebih hebat daripada kasih hambanya sesama hamba"

Jadi kajilah diri kita sejauh mana kasih dan sayang kita kepada ALLAH
Adakah sejauh telinga kanan dengan telinga kiri ataupun sejauh langit dengan bumi ataupun lebih jauh dari itu???
Koreksilah diri kita supaya kelak kita tidak terjatuh baru terngadah...

Benarkah semakin hari bumi kita semakin mengembang?
Satu persoalan yang memerlukan jawapan segera...
Pelik! Tapi itulah kenyataannya. Ada kajian yang menyatakan bahawa jarak antara satu tempat dengan satu tempat semakin bertambah dari masa kesemasa.
(tetapi sesuatu yang dikaji oleh seseorang saintis itu tak boleh diambil tanpa ada bukti kukuh)

Banyakkanlah berfikir...kerana ALLAH mennggalak hamba2nya berfikir tentang kejadian alam.

Rabu, 11 November 2009

Bisikan hati


"Benar! bukan semua yang di impikan akan diperolehi
sekalipun di perolehi adakah itu yang terbaik untuk kita
persoalannya sekarang, adakah kita sudah bersyukur padaNYA?
ataupun masih lagi menyesali dan merungut apa yang sudah terlepas?
Sentiasalah berbicara dengan hati kerana hati tidak pernah menipu
bahkan DIA lah yang memegang hatimu
tatkala hatimu berbisik syahdu kerana menangisi apa yang dihajati
alihkanlah hatimu itu pada sang pencipta
sesungguhnya berdoalah agar semua yang terjadi adalah yang terbaik untuk dirimu"

~yang mendambakan cintaMU~

Isnin, 9 November 2009

pendakwah mampu mengusahakan PERUBAHAN.

Persoalan non-muslim:
Benarkah orang islam lebih produktif di bulan ramadhan?

Kita gantikan bulan ramadhan sebagai syarikat mercedes dan orang islam sebagai pemandu kereta tersebut.

Jika anda ternampak sebuah
kereta mercedes
"Mata belalang" tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu,apakah anda akan menyalahkan mercedes??

"Bodoh betullah syarikat mercedes ini. Bagaimana boleh cipta kereta yang langgar tiang lampu!" kritik seorang yang bermazhab Habib bourguiba.

Mustahil... Tiada siapa yang akan menyalahkan syarikat mercedes semua orang akan menyalahkan pemandu mercedes itu.

"Macam manalah dia memandu?Sudah diberi mercedes pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!" kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Fikir-fikirkanlah...adakah para da'eiyah mahu terus menjadi fitnah untuk islam?

Sabtu, 7 November 2009

semuanya kerana DIA yg menetapkan...

alhamdulillah...
syukran ya Allah kerana mempermudahkan semua perancanganku,
malu..malu..hamba malu padamu,
sering kali hambamu ini bersangka buruk terhadap perancanganmu,
sering kali juga hambamu ini mengomeli semua takdirmu,
tetapi engkau sering membalasnya dengan sesuatu yang paling adil,
sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahui perjalanan takdir hamba2mu.
tetapkanlah hatiku pada cintamu ya rabb.....







I LOVE YOU

Isnin, 2 November 2009

INDAHNYA UKHUWAH FILLAH..

Taman tarbiah.."stam ipoh"..
pelbagai mcm pengalaman yg akan terpahat di pemikiranku,
dari sekecil2 zarah...hinggakan sebesar2 dunia,

alhamdulillah.....
dgn berbekalkan sijil lulus spm,
aku mengorak langkah ke IPOH.
ramai yg kaget dgn keputusanku,
"btul Utie(singkatan ukhtie)nk pegi?"
"bidang sains mcm mane?"
"tak takut ke?"
persoalan yg sering menyerangku...
hasil istiqarahku menunjukkan tnda positif..ya!aku msti pergi
itu semua tidak akan menggoyahkan keputusanku
...ku kuatkankan azam yg jitu utk terus melangkah keluar
dari istanaku ke suatu tempat yg aku sendiri tidak pasti keadaannya..

ALHAMDULILLAH

perjalanan yg mengambil mase 6jam(dgn bas)...akhirnye mmbawaku
ke suatu tmpt yg lain,baru bagiku...tidak pernahku lihat tempat seindah ini..


bukit batu kapur yg terpacak gah menyerikan panorama mata..
patutlah negeri ini terkenal dgn kekayaan kapurnya
syukran ya Allah kerana memberiku peluang ini..
syukran kerana nikmat yg paling berharga bagiku disini adalah TARBIYAH
syukran krn mengurniakan aku sahabat2 ini...



fadhlin,'atiqah,habibah,aisyah,lubabah,k.wahida,k.bie,k.kinah,asma'
maryam,afifah,aina,wan,izzati,asma'z,fahima,mahira,k.an,dan semua.
(semua ini adalah orang2 yang bersamaku berjuang d negeri asing)

SYUKRAN YA HABIBATI..
kerana antunna semua membuktikan kpdku bahawa masih ada biah islam yg benar2 mengikut al quran dan hadis...
syukran juga krn antunna semua sefikrah dgnku..bencikan pergaulan bebas,amar ma'ruf
nahi mungkar,berukhuwah krn allah,dan yg paling ana rindu...berqiamullai beramai2.
UHIBBUKUNNA ABADAN ABADA