Selasa, 6 April 2010

Haflatul Wida'


Pertama kali menghadiri majlis perpisahan kakak2 uia.Bila ada seorang akak bertanya...ukhtie nak pergi majlis wida' akak2 final year? terus jawab nak3....! tak terfikir pun sape nak ambik, sape nak hantar balik...hehe. Alhamdulillah ummi di jemput same.
Insyallah sedikit input yang ana dapat....harap bermanfaat :)





"Sesungguhnya ada di antara hamba-hamba Allah segolongan manusia, mereka bukan kalangan para nabi dan syuhada'. Namun mereka dicemburui para nabi dan syuhada' pada hari kiamat lantaran kedudukan mereka di sisi Allah."

Para sahabat bertanya:
"Wahai Rasullah beritahulah kami siapakah mereka itu? "

Sabda baginda :
"Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa sebarang hubungan kekeluargaan dan bukan juga kerana harta benda yang mereka saling berikan. Dan demi Allah sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya dan mereka berada diatas singgahsana bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia berasa takut. Dan mereka tidak besedih ketika manusia bersedih"

( hadis riwayat Abu Dawud)


Fitrahnya setiap apa yang Allah jadikan diatas dunia ini, pasti ada lawannya.
Dan kita mempelajarinya sejak di sekolah rendah lagi.Putih lawannya... hitam,
depan lawannya...belakang,kanan lawannya....kiri, dan yang susah sikit....emm
pertemuan lawannya...perpisahan, kesedihan lawannya....kegembiraan.
Semuanya adalah untuk menyempurnakan penciptaanNya.


Apa yang mahu saya fokuskan disini ialah setiap yang bertemu itu pasti akan berpisah.
Semua itu sudah menjadi lumrah kehidupan dan kita tidak boleh lari daripadanya.
Tetapi bagi seorang manusia yang bergelar muslim,dan yang sedar akan tanggungjawab seorang da'ei. Adakah kita mahu membiarkan ikatan yang kita bina terputus begitu sahaja?
tanpa ada sesuatu yang menjadi pengukuh ...


Saya bukanlah seorang yang berpengalaman dalam hal ini, tetapi apa yang boleh saya kongsikan ialah nasihat daripada seorang ukhtie yang sudah lama berada dalam jalan dakwah ini. Alhamdulillah sehingga kini beliau masih aktif dalam dakwah, dan beliaulah mentor saya sejak saya kecil lagi...:)


Katanya,khusus kepada para da'ei yang akan perpindah. Tidak kiralah, sama ada akan berpindah ke tempat baru ataupun alam baru. contohnya dari kuantan ke kedah, ataupun dari alam pelajar ke alam pekerjaan,keluarga dan sebaliknya.Insyallah ada satu dua perkara yang harus dititik beratkan...


Tarbiyah zatiyah(diri sendiri). Memang tidak dinafikan sekarang kita sudah ada usrah,duduk bersama rakan-rakan yang sama fikrah,dan alhamdulillah dijaga dalam biah solehah.Tetapi tak mustahil apabila kita berpindah, kita jauh daripada rakan2,usrah pun susah untuk dilaksanakan kerana masa terhad, tempat tinggal kita pun penuh dengan jiran2 yang hanya pentingkan diri sendiri,pagi2 keluar kerja nak maghrib baru pulang.
Semua itu tidak mustahil kita akan lalui. Kerana itulah kita mesti pastikan tarbiyah dalaman kita sentiasa kuat.Gunakanlah masa senang sekarang untuk membina kekuatan dalaman kita. Insyallah Allah tidak akan menguji hambanya, apa yang dia tidak mampu.


Bertanya khabar sahabat seperjuangan.Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak berhubung dengan sahabat kerana takut kredit habis...hmm Buat diri ini janganlah berkira sangat dengan duit, percayalah kita tidak boleh bawa bersama jika mati kelak.

Ingat seorang da'ei itu tidak akan bergelar da'ei jika dia tidak berkorban! kerana dakwah itu memerlukan pengorbanan.


Teman bergembira ramai,tetapi teman ketika berduka sangat sedikit. Kata-kata Sheikh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang benar-benar menyuntik semangat kepada diri ini :

" Andai islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengusik dengan ramai bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"
Ya Allah jadikanlah kami sebahagian daripadanya.



Jangan tunggu orang cari kita. Ramai da'ei yang apabila dia berpindah(tempat/alam), terus senyap sunyi tanpa khabar berita.
Mungkin dia harapkan supaya akan ada orang call dan berkata :"Jom pergi usrah" ataupun dia terlalu sibuk dengan kehidupan seharian dengan kerjanya, anak-anak yang kecil2 ataupun...


Seorang da'ei yang benar2 ikhlas dan bersungguh mahu tergolong dalam kalangan orang2 yang menegakkan agama Allah, seharusnya kita yang menyibukkan diri dalam kegiatan islam,tanpa mengabaikan tanggungjawab lain.
Mencari usrah,merapatkan diri dengan ukhtie2 yang sudah berpengalaman di tempat tersebut. Dan juga sibuk bertanya apa2 program yang memerlukan kehadiran ataupun pertolongan kita. Kita mesti rajin mencari, bukan rajin menunggu.Dan semua itu tidak lengkap jika tidak diiringi oleh kesabaran dan doa. Insyallah Allahumma innaka taklamu annahaazihil qulub...dan realitinya sabar itu lama. Jangan mudah putus asa!


Insyallah semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama...;D
tips2 di hari akan datang.....

Tiada ulasan: