Khamis, 15 April 2010

AJYAALUL QURAN



Seringkali kedengaran rungutan nafsu tatkala minda mengarahkan untuk bertadarrus Al-quran.
Nafsu : alaa buat apa hafal banyak2 bukan faham semua pun.
Minda :saya mesti hafal! ini bekalan di alam barzah kelak.
Iman : "kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang pada 2 benda ini, iaitu Al-quran dan As-sunnah"

Cuba kita bandingkan antara zaman kita dengan zaman nabi.
Nabi muhammad s.a.w dan para sahabat pada awal sejarah perkembangan islam disebut oleh Sayyid Quthub sebagai "AJYAALUL QURAN" mereka merupakan generasi terbaik!! yang pernah hadir di tengah-tengah umat manusia.Generasi inilah menurut Sayyid Quthub, disebut oleh firman Allah s.w.t :

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada kebaikan, mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada allah"
(Ali Imran : 110)

Subhanallah...generasi terbaik ISLAM seperti di atas belum pernah lahir kembali, sehinggalah pada zaman kita sekarang. Yang peliknya, Al quran yang menjadi sumber kekuatan dan kehebatan mereka masih berada di tangan kita. Bahkan ia tetap terpelihara seperti zaman sebelumnya. Begitu juga dengan hadis,terpelihara dengan baik sekali.

Tapi.....mengapa kini kedua-dua sumber utama itu tidak dapat melahirkan generasi terbaik seperti dahulu?


ADAKAH IA DAPAT DILAHIRKAN KEMBALI?

Dalam kitab "MA'ALIM AL-TARIQ",Sayyid Quthub memberikan jawapan. Generasi al-quran katanya,dapat dilahirkan semula jika kaum muslimin memiliki 3 tingkah laku, seperti yang dimiliki oleh Nabi dan para sahabat di awal perkembangan islam.



Pertama,Umat islam perlulah mencintai al-quran dan menjadikannya sebagai satu-satu sumber rujukan. Al-quran perlu tertanam dalam hati dan fikiran. Juga sebagai roh dalam setiap nafas kehidupan.Cuba bayangkan jika roh kita lari,adakah kita boleh teruskan kehidupan seperti sedia kala??Jadikanlah al-quran itu, sebagai benda yang benar-benar hidup dalam realiti kehidupan,bukan satu benda mati yang diletak atas meja mahupun almari dan dihiasi habuk tebal .




Kedua,Umat islam perlu memiliki sikap ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap perintah2 Allah. Dalam hal ini al-quran tidak hnya dipelajari untuk menambah pengetahuan dan dperdengarkan semata-mata.Tetapi ia benar-benar untuk dilaksanakan.
Menurut Sayyid Quthub lagi :
" Al-quran perlu disatukan dalam jiwa raga kaum muslimin dan diguna pakai dalam kehidupan mereka sehinggakan al-quran tidak hanya membeku dalam otak dan terselit dalam karya-karya ilmiah. Sejarah mencatatkan, para sahabat dahulu mempelajari al-quran tidak banyak hanya sepuluh ayat dalam satu masa. Mereka tidak menambahnya sehinggalah mereka memahami dan melaksanakan sepuluh ayat tersebut."


Ketiga, Umat islam perlu bersedia membuang kehidupan lalu. Mereka perlu melakukan perubahan! Realitinya sekarang dengan islam seseorang itu perlu memulai hidup baru, dengan pemikiran dan azam yang baru. Lebih-lebih lagi bagi para da'ei yang sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah.Pendek kata, mereka perlu bersedia menanggalkan dan membuang sifat2 mazmumah yang hanya berfungsi sebagai penggelap hati.
Tegas Sayyid Quthub :"Seorang muslim itu harus mampu bukan sahaja meninggalkan jahiliyah moden, tetapi juga menjauhi org2 yang terpengaruh dengannya."
Percayalah kita menjauhi bukan kerana kita lemah dan pengecut, tetapi untuk membina satu kekuatan yang diluar jangkaan mereka..insyaallah.


Pernah satu ketika baginda bersabda, maksudnya :

"Sangat jeleklah seseorang yang berkata ;aku telah lupa ayat sekian sekian, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati Al-quran (dengan selalu menbacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas dari lelaki , daripada haiwan ternakan (terlepas tali) "
(Drpd Abdullah b. mas'ud)

~SAMA-SAMALAH KITA BERMUHASABAH,SEJAUH MANA HUBUNGAN KITA DENGAN AL-QURAN~
insyaallah, faiza 'azamta fatawakkal 'alallah......

Tiada ulasan: