Sabtu, 27 Mac 2010

MARAH


Keliru...
adakah ini, cara untuk mengajar manusia berdisiplin? atau sekadar nafsu semata2?
adakah ini, cara untuk menunjukkan kasih sayang? ataupun, sekadar alasan semata2?

Ya Allah,
Kenapa ia seakan-akan merasuk diriku ini???
Sering kali aku mengungkapkan Sabar..sabar...sabar,
tetapi ia seakan2 bunyi mersik yang keluar di tepi bibir.
Ku tahan..tahan..diriku ini,
sehinggakan terasa hangat titisan jernih membasahi pipi.
bagiku hanya itu yang dapat melepaskan amarahku,
kalau tidak pun,pasti kedengaran bunyi pipit yang sedang meleter.

Ya Allah,
lemahnya diri ini jika dibandingkan dengan utusanmu,
aku tahu ,aku sedar, peristiwa di Toif telah memaparkan segala2nya.
qudwah yang Engkau tonjolkan telah terang di mindaku,
semuanya terletak pada tahap imanku.
aku sedar bahawa dakwah memerlukan pengorbanan,
dan tidak lari seorang da'ei itu daripada berkorban,

Ya Allah,
kuatkan lah aku!!!
aku perlukan kesabaran daripadamu untuk aku melawan amarahku ,
aku perlukan keberkatan ilmu daripadamu untuk aku mendidik para mujahidmu,
aku perlukan kekuatan daripadamu supaya aku selalu tabah menghadapi ujianmu.

"ghodhoballah,wa hubbulillah"





Tiada ulasan: