Sabtu, 13 Mac 2010

MATANG

sebenarnya semua ujian yang diberikan adalah untuk lebih mematangkan..
betulkan? kan? :)
terima kasih kepada setiap insan yang tidak jemu memberikan kata2 semangat .
syukran semua....percayalah, tiada kata2 yang ingin ku dengar saat itu selain daripada kata2 daripada antunna semua..hehe ngade kan =)
walaupun pada realitinya ujian yang dihadapi bukanlah seberat mana...(fikiran berhikmah)
ramai orang yang Allah uji, lebih hebat lagi. malunya diri ini pada mu.....

Teringat satu buku yang katanya,kadar kematangan seseorang adalah berbeza-beza.
dan pada kebiasannya perempuan lebih cepat matang daripada lelaki ...emm yeker?
tetapi tidak semestinya diukur usia sudah meningkat,seseorang itu sudah mampu berfikir secara matang, semuanya bergantung pada persekitaran kehidupannya.

Kematangan adalah satu anugerah yang unik allah berikan kepada hamba2nya.
tanpa kematangan kita tidak akan berusaha untuk lebih mengenal pencipta,
tanpa kematangan kita tidak akan sedar tentang kepentingan menuntut ilmu,
dan yang paling penting tanpa kematangan kita tidak akan kenal erti sebenar perjuangan ,dakwah,dan amanah/tugas kita sebagai da'eiyatun illallah fi dunia wal akhirah.

Realitinya kematangan akan membawa kita berfikir secara rasional.
semua yang berlaku pada diri kita telah tercatat di luh mahfuz.
tetapi berjaga2 jangan tersalah faham!
kita sebagai hamba hanya perlu berdoa agar, semua yang terjadi adalah terbaik untuk kita.
Jika sesuatu yang kita amat ingini tetapi allah menetapkan sebaliknya. itu maknanya ada hikmah besar tersembunyi!!! tugas kita ialah,bersyukur dan cari hikmah terbesar itu...

alhamdulillah engkau tidak pernah meninggalkan daku keseorangan,
dibuai arus deras nafsu, dan syaitan yang sentiasa menyamar dalam mimpi2 ngeri,
engkau telah membiasakan aku dengan ombak2 laut,
yang kadang-kadang aku seperti terombang ambing bukan kerana arus terlalu kuat
tetapi kerana ketakutanku yang takut jatuh di tengah-tengah laut yang dalam.
bersikap matang lah apabila berfikir, kerana banyak hikmahnya anugerah allah ini.



Tiada ulasan: