Tarikh akhir hantar semua paper untuk di photostate ialah pada 24/2...(kalau tak hantar kene photostate sdn bhd sekali dengan duit sdn)
bilangan kertas yang perlu dibuat ialah 3 iaitu mata pelajaran BA2(5),BA2(6),TULISAN
JAWI.....
:o AAAaaaa.....!(teringat waktu stam buat folio sama-sama,berjaga sampai malam..he2)
banyak nyerr...dah la baru 2 bulan mengajar dah kene buat 3 kertas soalan...:(
ana start buat pada 22/2....sungguh mencabar.
Alhamdulillah dapat bantuan daripada muallimah2 lain...:)
sekarang pada malam 23/2 satu kertas lagi tak siap....eeeemmm
Ya allah permudahkanlah urusan hambamu ini.
Sesungguhnya melaksanakan tugas pada last minit adalah amat-amat memenatkan....
PENGALAMAN YANG AMAT MENCABAR KESABARAN DAN DAYA PEMIKIRAN
Cuba bayangkan seorang muallimah yang ditetapkan jadual mengajarnya setiap hari , masa yang diperuntukkan untuk rehat hanyalah lebih kurang sejam setiap hari, dan beliau perlu menggunakan masa rehatnya untuk menaip kertas soalan pelajar...huhu
sungguh memenatkan...bukan itu sahaja! malah beliau terpaksa membahagikan fikirannya kepada dua cabang 1. tentang kertas soalan 2.merancang apa yang patut diajar untuk masa seterusnya.... wau! hebatnya!
benarlah perumpamaan yang berbunyi "guru ibarat lilin yang membakar diri"
guru sanggup mengorbankan masa rehat untuk kesenangan anak2 didik mereka, JADI SANGGUPKAH KITA MELUPAKAN MEREKA TANPA BERTANYA KHABAR? tidak kisah lah sama ada dia di sekolah menengah ataupun sekolah rendah.Terima kasih banyak-banyak muallim dan muallimah kerana sanggup berkorban untuk masa depan kami.
setelah ana merasai sendiri suana itu, ana tertanya-tanya kenapa dulu ana tak dapat merasai kesusahan mereka ? kenapa dulu ana rasakan bahawa kerja guru lah yang paling senang?
kerana ummi tidak pernah merungut tentang pekerjaan,dan ummi sentiasa bergerak aktif dalam dakwah. pelbagai persoalan yang timbul dalam pemikiran ana, macam mane ummi bahagikan pemikiran ummi? adakah anak ummi ini mampu jadi seperti ummi? sekarang ini baru sedikit ujian allah beri,hanya perlu menyiapkan kertas soalan....dah mengeluh.
Ya allah jadikanlah aku kuat seperti para mujahidahMU.
TAHNIAH muallimahku kerana berjaya menyembunyikan kesusahanmu demi mendidik kami .
jarang ana dengar muallimah merungut-rungut dihadapan kami.
MUHASABAH NAFSI
ana macam mana? ada ker ana merungut-rungut depan pelajar bila diaorang tak faham apa ana ajar?hmmm alhamdulillah setakat ini tak ada lagi...hm insyallah.
tinggal seminggu lagi dengan pelajar..sedih? seronok? tak ada perasaan?hmm tak tau la..
Tapi ana mesti rindukan diaorang..walaupun nakal tapi semua comel-comel...macam-macam gelagat ada..
Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik perancang..dahulu engkau memberiku kesempatan untuk belajar, sekarang untuk memperkemaskan lagi pelajaranku engkau memberi peluang untuk ku mengajar , syukran ya Allah.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN WAHAI ANAK DIDIK MUALLIMAH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan