Sabtu, 21 November 2009

DA'EI kecil

Lahirmu bagaikan kain putih
Jauh dari dosa dan noda
Terpulang pada tuanmu mencorakkannya
Semangat juang tuanmu
Menjalar ke dalam tubuh
Seperti Sumayyah mencorakkan Ammar




Tetapi perlu di ingatkan
Zaman moden ,era baru,dunia canggih
Pelbagai noda hitam berterbangan
Bagai udara memenuhi cakrawala
Andai tiada penghadang
Hancurlah ruh dan jasad




Wahai tuan
Si pemilik kain putih
Berikanlah penghadang untuk kain putihmu
Yang paling mahal nilainya
Yang bernilai di dunia mahupun akhirat
Agar terselamat sekalipun daripada debu
Da'ei2 kecil lahir
Maka tertegaknya daulah islamiah
Takbir....Takbir...Takbir.Allahuakbar....

Tiada ulasan: