Selasa, 19 Februari 2013

Kalam Si Perindu

Aku dahagakan kesenangan yang berkekalan.
Aku rindukan hirupan udara ketenangan.
Aku rindukan kegembiraan yang berpanjangan.
Aku benar-benar rindukan janji Mu.
Tuhan.

Orang bertanya,
Kenapa? Kau sedih? Kau sudah penat? Kau mahu berhenti sebentar?

Tidak.
Walaupun ya, tetapku katakan tidak.
Mana mungkin aku sedih, sedangkan kelak aku mahukan bahagia.
Mana mungkin aku berletih-letihan, kerna kelak aku mahukan bahagia.
Mana mungkin aku berhenti, kerna kelak aku mahukan bahagia.
Syurga.

Orang bertanya,
Kau layak? Bukan semua terpilih. Hanya dalam golongan sedikit daripada berjuta.

Aku tahu aku bukanlah layak, tetapi aku berusaha.
Aku tahu ia bukanlah mudah, kerna itu aku perlukan Tuhan.
Aku tahu bukan semua, tetapi aku mahu terpilih.
Tiada siapa berkuasa membuang diriku melainkan aku.

Orang bertanya,
Kau sedar? Kehidupan sekarang kau masih gagal, inikan pula mahu naik marhalah.

Aku kenal siapa aku.
Aku percaya tuhanku sayangkan aku.
Tuhanku menguji hambanya apa yang dia mampu sahaja.
Tuhanku pengasih & penyayang.


5:28 a.m, Kaherah

2 ulasan:

Unknown berkata...

Teruskan mencipta nilai hidup yg abadi :)

bonzai berkata...

ukhti,pinjam kata2:)