Khamis, 3 Mei 2012

Sejuta rasa, sejuta perasaan


Sejarah mahu berulang!!

Ha? Ha? Ha?

Apa yang perlu aku lakukan?
Aku semakin melihat kelibatnya. Ia semakin menghampiri, semakin dekat dan dekat dan dekat...

Apa yang perlu aku lakukan?
Aku takut kerana aku tiada pengalaman. Aku takut kerana ilmuku masih kurang. Aku takut aku akan terjatuh untuk kali yang kedua.

Apa yang perlu aku lakukan?
Tolong! tolong!!!!

YaAllah tolong aku! Apa yang aku perlukan untuk menghadapi hari yang pasti ini?
Engkau didiklah aku. Aku serahkan segala-galanya padamu. Aku benar-benar tidak tahu dimanakah perluku cari semua ilmu itu, melainkan engkau yang memberi. Ya'Alim!! bantulah aku. Sudah puas aku menangis, sudah puas aku melihat dan meneroka. Tetapi apa yang aku dapat membuatkan diriku lebih kerdil disisiMu. YaAllah berilah aku petunjuk. Berilah aku kekuatan untukku teruskan Amal ini. Aku yakin atas janjiMu.

Aku akan pastikan kesalahan waktu dulu, tidak akan berulang kembali.

Tetapi...bagaimana?
Aku perlu keluar melihat dunia. Mencari kisah sebenar yang menjatuhkan aku satu ketika dulu.
Aku adalah waris dakwah ini.

Bagaimana untukku menjadi hebat seperti murabbi-murabiku?
Adakah apabila aku tidak merasa sedih atas peninggalan mereka?
Ataukah setelah aku berjaya menguasai ke semua tanah jajahan?
Ataukah aku perlu menghalang mereka daripada meninggalkanku?
Ataukah ......

YaAllah aku tahu sejauh dan sebaik mana pun perancangan manusia, perancangan engkau lebih hebat. Engkau yang menciptakan kami, Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami. Didiklah kami menjadi jundiMu yang terbaik yaAllah. Bantulah kesemua sahabat-sahabat kami, walau dimana sahaja mereka berada. Engkau sebaik-baik pemudah urusan.


2 ulasan:

ha|ana|zak25 berkata...

inilah sunnah kehidupan ukht. putaran hayat manusia, terus berputar dan usia kita terus berganti. dan begitu juga hayat dakwah ini...

Kafilah dakwah yang mulia ini juga akan terus berjalan. berjalan tanpa peduli apakah kita dah cukup bersedia atau belum.

persoalan yang perlu ditanyakan pada diri, apakah kita akan bersama ? atau apakah kita yang akan memastikan ia kekal nafasnya ? atau apakah kita yang membantutkan hayat dakwah ini (naudzubillah) ?

Pilihan di tangan.

Teruskan orak langkah nt, ukht. Yakin, dan hidupkan kebersamaan Allah dalam diri kita. Hanya orang yang berkerja yang membuat kesilapan. Teroka dan teladanilah khibroh lalu yang telah Allah swt caturkan dalam kehidupan.

Allahu musta'an ukht :) sama-sama saling bergandingan !

mujahidah berkata...

sama-sama kita berganding bahu ! :)