Sabtu, 15 Mei 2010

Kekecewaan...Doa





" Sudah terpadam di luh mahfuz "

Bila terbaca atau terdengar petikan di atas, pasti akan terbayang di ruangan minda, sebuah puisi mahupun sajak yang menggambarkan satu ketetapan yang muktamad.
Tetapi kemungkinan ia satu petikan yang terkeluar dari mulut seorang pencinta puisi tatkala sedang meluahkan satu keputusan yang sudah termaktub dan sukar untuk digugah lagi.
Walaupun dengan di berikan alasan-alasan yang berkepentingan.Baginya sekarang, semua alasan-alasan itu, hanyalah sebagai pemujuk semata-mata.
Persoalannya sekarang ,Mengapa luahan sebegini ?

KECEWA mungkinkah telah terdedah di mata , telinga, mahupun hatinya, satu rahsia yang menyebabkan jatuh satu kepercayaan, hilang rasa hormat dan yang paling ditakuti, akan mula terbit satu perasaan benci dalam jiwanya.
Su'uzon yang sering di lontar jauh-jauh telah menyerangnya dengan begitu kejam. Sehinggakan sudah terbukti bahawa ia bukan su'uzon semata.
Itulah realiti yang sedang berlaku..tatkala itu jugalah hati tertanya-tanya..
Apa yang terjadi sebenarnya?Apa yang perlu di lakukan? Apa yang patut dia lakukan?
Keresahan hatinya sudah terbukti dalam bait-bait doa yang dialunkan dengan bersungguh-sungguh dan yakin allah akan memakbulkan...

"Alhamdulillah Ya Allah, dengan segala kurniaan yang engkau kurniakan..Engkau yang maha pemurah lagi maha penyayang..aku mohon petujuk dariMu..sesungguhnya aku terkejut..benar-benar terkejut...ya Allah yang maha pengasih.. jauhkanlah aku daripada sesuatu yang tidak mampu aku tanggung... Aku mohon padamu ya Allah!...berkatilah kehidupanku.. Aku tahu engkaulah pemegang hatiku ini, maka tetapkanlah ia pada agamaMu..Lindungilah para mujahid dan mujahidahMU dari dikuasai oleh nafsu-nafsu yang akan menjadikan kami tidak keruan...Lindungilah kami daripada menjadi da'ei yang tidak mengamalkan apa yang di seru... Lindungilah kami daripada menyakiti hati saudara-saudara kami... Lindungilah kami daripada menjadi penyebab hati mereka terluka..Jauhkanlah kami daripada maksiat yang terkadang kami pandang enteng padanya...dek kerana kecintaan kami kepada sesuatu... Jauhkanlah hati-hati kami daripada penyakit syu'uriah yang akan menyebabkan gerakan dakwah kami tergendala...na'uzubillah... Bismillahi tawakkaltu 'alallah..."

Dia sudahi bait-bait doanya, dengan ditemani titisan-titisan jernih, yang jujur mengalir di pipi. Baginya hanya itu yang dapat menenangkan jiwa yang sedang diperangi oleh syaitan laknatullah. Satu perasaan aneh yang sering timbul di benak fikirannya, yang dengan ketidak setujuan akan membuatkan satu hati kecewa mungkin dua...tapi itu lebih sanggup baginya daripada dengan persetujuan akan menyebabkan satu hati yang amat dicintai terus-terusan dalam kesedihan.

Realiti yang sedang dialami oleh Dia mungkin pernah kita alami ,mungkin juga tidak. Tetapi apa yang dapat saya simpulkan, ~ Addu'a' silaahul mu'min~ doa adalah senjata orang-orang beriman. Jiwa akan tenang jika kita kembalikan semua kepadaNya. Itulah fitrah sebenarnya, fitrah bertuhan.
Pernahkah kita kira sudah berapa banyak doa kita dimakbulkan Allah? Berapa pula doa yang tidak dimakbulkan lagi? Cuba kita renung kembali nikmat ataupun apa-apa yang kita perolehi sekarang. Adakah semua itu pernah kita mohon pada pencipta? Pasti pernah kan..
Oleh itu, seriuslah dalam berdoa.

Ramai yang melatah tatkala diberi ujian. Sedangkan apa yang menimpanya adalah hasil daripada doanya selama ini.


Mungkin kisah pemuda ini akan membawa kita berfikir secara lebih mendalam, walaupun ada segelintir pembaca sudah mendengarnya.Tetapi, jika kita suaikan keadaannya dengan kehidupan kita seharian insyaallah akan lebih bermanfaat hendaknya...

Pada suatu hari,pemuda ini berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Supaya diberikan kepadanya seekor rama-rama yang cantik dan sekuntum bunga yang indah mata memandang. Sehari,dua hari,tiga hari tidak Allah makbulkan juga doanya. Namun kerana keazaman yang begitu kuat untuk memperolehi kedua-dua benda tersebut, pemuda itu tidak putus-putus berdoa dan berusaha.Berhijrah ke sana-sini,. Sudah ramai orang ditanya, tetapi jawapannya tetap sama TAK ADA

Di satu malam yang hening,sedang dia berdoa dengan sepenuh jiwa, tiba-tiba terdapat seekor ulat beluncas hitam dan sebatang pokok kaktus hijau...Hatinya tertanya-tanya.. Apakah ini yang Aku mohon dari Allah??..Timbullah rasa kecewa dan sedih di hati pemuda ini. Mana tidaknya, diminta bunga yang indah mata memandang, Allah beri kaktus yang banyak duri. Di minta seekor rama-rama yang cantik, diberikan pula seekor ulat beluncas yang gerakan badannya, bagaikan ulat sampah.

Hari berganti hari, maka bertukarlah ulat beluncas tadi, membentuk seekor rama-rama yang sangat cantik. Pokok kaktus yang berduri itupun telah mengembangkan sekuntum bunga yang benar-benar indah. Lafaz Alhamdulillah ditujukan pada Allah.
Sesungguhnya ibadah yang berterusan, adalah yang paling disukai oleh Allah.
Jadikanlah ibadah itu, sebagai satu wadah untuk mendekatkan diri kepadaNYA, sekaligus sebagai satu proses penyucian hati. Dalam berdoa dan berusaha, jauhkanlah diri daripada maksiat, kerana sesuatu yang disertai dengan maksiat akan menghilangkan keberkatan Allah.

INGATLAH TUJUAN KITA HIDUP ADALAH UNTUK MENCARI
" MARDHATILLAH!!!!!!"



"...Jika seorang pemuda tidak mendapat pertolongan Allah..., maka musuhnya yang paling kejam.. tidak lain ialah buah fikirannya sendiri.."

1 ulasan:

mujahidah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.