Jumaat, 12 Februari 2010

EXPERIENCE

sejak menjadi guru hati sentiasa tersentuh,sayu rasanya bila teringat kembali saat permulaan aku di sekolahkan. Tahun satu,aku tidak mengingati apakah perasaanku saat itu,pada ingatanku rasanya aku tidak pandai membaca, dan tulisanku bagaikan cakar ayam.
tidak dapat aku bayangan di tahap mana kesabaran muallimah yang mengajar.
aku teringat ketika darjah satu , aku pernah didenda berjemur tengah panas,he2 habis muallimah angkat meja dan kerusiku ke luar bilik darjah... seingatku muallimah kata biar cair sikit otak anti. jadi aku rasa mungkin lepas ni aku akan jadi cerdik.:)
rasanya aku didenda kerana aku terlupa bawa buku.
tapi alhamdulillah sekali je,selepas tu aku takut sangat nak tinggalkan buku. syukran muallimah kerana bersabar dalam mendidik diriku ini.

sekarang barulah ana dapat merasai sendiri bagaimana payahnya muallimah melayan kerenah anak-anak didik, mengawal satu kelas yang didalamnye terdapat lebih daripada sepuluh orang pelajar, berpura-pura marah saat anak murid nakal, memikirkan denda yang dapat menakutkan pelajar yang tidak siap kerja. semuanya menggunakan akal fikiran.
benarlah orang kata berfikir lebih menggunakan banyak tenaga daripada bermain. patutlah selepas ummi balik rumah mesti tertidur keletihan ataupun marah-marah sebab rumah bersepah. ya allah aku sudah mengerti kenapa engkau menjadikan menyampaikan ilmu bermanfaat kepada manusia itu adalah satu amal jariah yang dihisab pahalanya berpanjangan sehingga di syurga kelak. subhanallah.

tapi aku merasakan sedikit terganggu kerana di dalam fikiranku hanya memikirkan hal sekolah dan anak murid sahaja. mungkin kerana masaku seharian berada di sekolah, dari jam 7 pagi sehinggalah jam 5 petang, balik dari sekolah terus bersihkan rumah hanya benda2 itu yang berlegar2 di fikiranku sehinggakan aku rasa kosong ruhi aku. ya allah kenapa dengan perasaanku ini..sedih..sayu..

benar kata ukhtiku saat merancang semuanya berkobar-kobar tanpa memikirkan kemampuan diri,waktu, dan persekitaran..skrang di mana waktu mahu menghafaz alquran? dimana waktu untuk berusrah?dimana waktu untuk membaca kitab2 arab? alhamdulillah allah tahu kelemahanku,alhamdulillah dia telah menempatkan aku di biah solehah, adanya usrah ,rakan perjuangan yang sama-sama bekerja bukan semata-mata kerana wang, anak-anak murid yang hormat pada guru walaupun ada segelintir yang sebaliknya, adanya waktu untuk santapan rohani,semunya ini dalam satu tempat iaitu AL IRSYAD

al-irsyad tempat aku mula-mula mengenal A,B,C
sekarang ia menjadi tempat bermulanya aku mengenal alam pekerjaan.


Ya allah engkau telah menempatkan aku dikalangan para pendidik yang benar2 hebat. jadikanlah aku seorang pendidik yang hebat..di dalam setiap pembelajaran terselit ilmu2 ukhrawi yang dapat menaikkan semangat juang para anak didikku.
Ya allah jadikanlah masaku bekerja ini sebagai masa untuk mempraktikkan semua yang telah aku pelajari. insyaallah aku akan menganggap semua pelajar itu adalah mad'u, aku akan berusaha menjaga ukhuwah dengan semua muallimah yang aku rindui, amar makruf nahi munkar,dan yang terakhir menguasai persekitaran bukan ikut persekitaran!
insyaallah aku akan dapat melakukan semuanya dengan pertolonganmu yaAllah..
ALLAHHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR YA ARHAMARRAHIMIN

Tiada ulasan: