Khamis, 19 April 2012

Kehidupan itu hidup


"Macam mane nak jadi seorang yang mengesani orang lain?" soal fathiyah dalam hati sambil matanya ligat membaca artikel-artikel baru dalam laman web ISMAMesir. 

Itulah yang selalu dilakukan jika futur menguasai. 

Sebenarnyer dia baru sahaja dimarahi kerana tidak sensitif bab melayan tetamu. Dia tahu itu salahnya. Kerana itu muncul pelbagai persoalan dalam mindanya, sambil dia duduk mengadap laptop menghitung diri sendiri.

"Dah masuk dua tahun aku di Mesir, macam -macam gelagat manusia aku jumpa." 

Teringat kali pertama tinggal di rumah sewa.
" Eeeee...tak sukanya! kenapa la touching sangat orang ni? biasa-biasa dah la." kata-kata ini yang selalu memberontak dalam hatinya. 

Mungkin kerana Fathiyah tidak pernah tinggal di asrama, jadi apabila bertemu dengan pelbagai perangai manusia sesuatu yang baru baginya. 

Kadang-kadang dia akan memberontak dengan mengasingkan diri, tetapi kadang-kadang dia tergelak-gelak melihat gelagat kawan-kawannya. 

"Kelakar hidup ni, macam-macam perangai ada." katanya sambil tersenyum. 

Tiba-tiba..

" Iyah jom makan! kenapa senyum sorang-sorang ni? " panggilan nakal Sofiyah memadamkan lamunannya, malu pun ada kerana Sofiyah melihatnya tersenyum.

" Ha..te..te..tengah buat execise muka. Ok jom makan ukhti " merah padam muka Fathiyah menahan malu, sambil tangannya terus menarik tangan Sofiyah menuju ke meja makan. 

"Emmm sedapnya, ni'ma ajrun 'amilin " kata Fathiyah sambil mengukir senyuman manis buat Sofiyah 
 
Laksa Penang makanan kegeraman Sofiyah, menjadi santapan mereka di petang hari. Tak tahulah kenapa Sofiyah suka sangat makanan ni. Hari ini giliran Sofiyah masak, kerana itu dia semangat telefon ibunya, katanya tiada laksa yang sesedap laksa ibunya.

" Macam ni ke rasa laksa mak anti?" tanya Fathiyah dengan nada mengusik.

"Ana tahulah tak jadi sangat, sekurang-kurangnya ana memcuba, daripada orang tu berangan sampai tersenyum sorang-sorang " jawab Sofiyah  sambil mulutnya tak berhenti menghirup kuah laksa.

" Itu bukan berangan tapi sedang muhasabah diri ' Innallah la yungaiyiru ma bikaumin hatta yungaiyiru ma bi anfusihim' " jawab Fathiyah sambil tersenyum, sebenarnya malu dengan kata-kata Sofiyah.
 
Begitulah kehidupan, manusia yang jelas apa tujuan kehidupannya dia tidak akan mudah dihanyutkan arus dunia. 




Tiada ulasan: