Sebuah penulisan yang kosong, memperlihatkan kelemahan si penulis. Sebuah lukisan yang cacat, melambangkan kecacatan hati si pelukis. Satu ucapan yang merapu, membuktikan si penceramah tiada persediaan.
Salahnya bukan pada kurangnya isi atau kekangan waktu. Tetapi ia adalah pada individu itu sendiri. Kurangnya latihan atau azam untuk buat yang terbaik pada setiap perkara yang dilakukan.
Tidak akan berjaya seorang tertuduh itu jika disisinya tiada hujah atau bukti untuk mematahkan hujah pihak pendakwa. Begitu jugalah di setiap kalam ataupun penulisan, kita tidak akn memperolehi kepercayaan pembaca jika penulisan kita hanya berkisar pada logik akal semata-mata.
Cuba untuk membanyakkan dalil pada diri, supaya disetiap perkataan ataupun fikrah yang kita sampaikan kita yakin dan tahu sebab-sebabnya.
Satu persatu teguran diterima, teguran yang kadang kala membangkitkan dan juga melemahkan. Tetapi itu semua sebenarnya telah membina sebuah peribadi. Peribadi realistik.
Sirah Nabi s.a.w
Muhammad s.a.w pernah ditegur oleh Allah s.w.a kerana mengabaikan seorang buta yang sedang mencari sebuah kebenaran, kerana ketika itu baginda sedang sibuk menyeru para pembesar Quraisy. Teguran itu baginda terima dengan hati yang terbuka dan menyesali kesalahan diri. Sahabat tersebut telah dilantik sebagai muazzin pada ketika itu. Beliau adalah Abdullah Ummu Makhtum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan