Isnin, 14 Februari 2011

seminggu di MALAYSIA



Apabila dapat arahan boleh balik Malaysia..perasaan bercampur baur gembira campur sedih. Tak percaya kene balik Malaysia sebab baru 6 bulan berada di Mesir...ilmu masih cetek lagi, apa yang aku akan sampaikan pada orang di Malaysia nanti? mampu ker aku? Ya Allah engkau sahaja yang tahu hati aku ketika itu.Tetapi hikmahnya Allah sahaja yang tahu.
Sekarang aku sudah turun ke medan praktikal yang sebenar. Jangan berlengah lagi! praktikkan dan sampaikan sebanyak mungkin yang mampu.

Tugas pertama yang perlu dilakukan ialah ziarah atuk,nenek dan saudaramara. Kata umi mereka tak putus-putus bertanya perkembangan kami di Mesir.

Apabila berhadapan dengan masyarakat,pelbagai cara sambutan kami terima,ada yang menyambut dengan senyuman kegembiraan...
'alhamdulillah balik dengan tiket free tahun ni!'

ada dengan tangisan kerinduan...
'ukhti sihat?..sihat? takut tak?makanan semua cukup ker?'

dan ada juga dengan soalan-soalan semangat...
'kenapa balik? kenapa tak pergi berjuang sama-sama orang mesir? kan kita tak boleh lari dari medan juang?'

rasanya yang paling syadid sikit....
'aik dua-dua balik? kalau adik balik takpe la sebab perempuan,ni abang pun balik? ingatkan tengah berjuang dekat tahrir!'

Banyak lagi kata-kata yang diterima...mulakan muqaddimah jawapan dengan senyuman. Husnuzon 'sebenarnya diaorang ni rindu,tapi malu nak cakap. sebab tu lah sengaja mulakan muqaddimah yang zupp ke hati'...uh~
Berusaha untuk menceritakan keadaan secara jujur tanpa tokok tambah. Walaupun tak seperti bayangan mereka.Tapi semua itu benar,insyaallah tiada pembohongan. Biarlah tak menarik pun.

Alhamdulillah walaupun baru 6 bulan tinggalkan Malaysia,telah berlaku banyak perubahan.
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang besar. Yang paling best bila melihat tahap kematangan adik-adik sudah bertambah.Dulu tahu main sahaja, sekarang sudah sibuk bekerja.Yang pendiam,sekarang banyak sangat cerita.Sekarang rumah lambat sikit sepah.Umi dan Abi rasanya seperti kembali pada waktu zaman kanak2ku dulu sentiasa sibuk dengan tugas diluar. Manisnya apabila melihat mereka bekerja, dan lebih manis apabila faham apa yang mereka kerjakan. Kata segelintir pihak, kebiasaannya anak kepada orang yang sibuk bekerja ni terbiar,tidak cukup kasih sayang...bagiku semua itu tidak benar! sekarang baru aku nampak apa hikmahnya.

وليس أمر الدعوة كما يظن بعض الناس أنها تعب وخسارة ونصب وألم
فائها وان كانت لا تخلو من التاعب والمصاعب لكنها لزيزة الطعم عزيزة على القلب

Percayalah apabila kita benar-benar mewakafkan waktu,fikiran dan tenaga kita ikhlas lillahita'ala tanpa mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan.Allah akan memberi berlipat kali ganda lagi nikmat didunia mahupun diakhirat..Percayalah!

Firman Allah s.w.t dalam surah al- 'asr yang bermaksud :

"Demi masa.Sungguh, manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"


Yakinlah dengan janji Allah dan janganlah takut untuk berkorban.

Teringat peristiwa bersama akhawat ketika kami diarahkan untuk berkemas untuk pulang ke Malaysia.Barang yang di benarkan bawa pulang adalah seberat 7 kg sahaja. Ada seorang akhawat berkata " kita adalah muhajirin.kita berhijrah kerana Allah semata-mata, kita sanggup meninggalkan barang-barang kesayangan kita untuk berhijrah menyelamatkan fikrah".
Benar! kita telah berkorban, pasti kelak akan datang berganda nikmat daripada Allah. Subahanallah.Isilah masa kita dengan sebaiknya,insyaallah dari situ kita akan melihat hikmah daripada Allah s.a.w.



2 ulasan:

ha|ana|zak25 berkata...

subhanallah !
introspeksi terbaik :)


*antara hikmah balik Malaysia tanpa diduga : BERSEDIA lebih !
*doakan ana dapat buat yang terbaik juga dalam imtihan sem yang tertangguh :D

mujahidah berkata...

ukhti yg terbaik..sentiasa mmberi kata2 perangsang untuk ukhti2nya..syukran;>

InsyaAllah imtiyaz..Allah tahu nt mampu lakukan yg terbaik,sebb itu nt terpilih.