" Umi, ukhti tak nak pergi! nanti ukhti sorang-sorang. Semua kawan-kawan dari Pahang tak pergi. Umi boleh la, ukhti tak nak pergi perkhemahan ni"
"Ukhti suka sangat ikut kawan, kalau kawan buat jahat nanti ukhti pun buat jahat la? Umi tak didik anak umi macam tu."
Aku terdiam.
" Kalau tak nak pergi sebab kawan tak pergi, ikut la ukhti. Umi tak paksa."
Aku diam seribu bahasa. Tak mampu ku menahan sebak di dada. Aku tewas, air mataku mengalir tanpa ku sedari, semakin deras seumpama tidak mahu berhenti.
Kata-kata yang ringkas, tetapi cukup menusuk hatiku.
Aku menjerit didalam hati.
"Umi ukhti bukan jenis manusia macam itu! Ukhti yang telah umi didik mempunyai jati diri! Tidak mudah mengikut arus, apatah lagi mengikut kawan melakukan kejahatan. Ukhti ada prinsip dan agenda hidup sendiri! Ukhti nak kembalikan kegemilangan Islam! Umi, ukhti terasa bila umi cakap ukhti macam tu!"
Tak mampu diluahkan dengan kata-kata, hanya jeritan hati yang menjadi saksi kesedihan diri. Aku bukanlah seorang yang mudah melawan jika di marahi, kerana akalku akan cepat-cepat merasionalkan diriku. Sehinggakan tindakanku lambat terhadap sebarang amarah mahupun gurauan.
Jeritan hati inilah yang melahirkan aku sekarang. Kini aku hidup menongkah beribu-ribu batu di negeri orang. Asam garam dakwah dan tarbiyah di harungi dengan sebatang tubuh berbekalkan qudrat kurniaan ilahi.
Setiap hari, setiap detik ku pasti di uji. Rakan-rakan seperjuanganku mewarnai suka dan duka dalam perjalananku. Setiap tahun ujian dan didikan yang hadir pasti berbeza.
Kini aku semakin matang menelusuri perjalanan kehidupan ini. Aku mula menerima sebuah hakikat bahawa, ketenangan dan kebahagian di dunia hanyalah sementara, alam akhirat itulah yang hakiki.
Barang siapa yang masih mengejar-ngejar dunia nescaya dia akan perolehinya, tetapi itu tidak menjanjikan sebuah kebahagiaan yang berpanjangan. Tetapi barang siapa yang berusaha untuk kedua-duanya insyaAllah Allah sahaja yang mampu memberinya.
"Umi ukhti dah matang! Tarbiyah yang Allah ilhamkan kepada umi dan umi berikan kepada ukhti benar-benar memberikan kebahagian dalam hidup ukhti."
Tetapi aku sedar jalan ini terlalu panjang. Masih banyak yang aku perlu pelajari.
"Allahummaftah alaina hikmataka, wansyur alaina min khaza inirah matika, ya arhamar rahimin"
Alhamdulillah ya Allah dengan sedikit kematangan yang Kau kurniakan ini.
Pilih lah aku sebagai tenteraMu. Nikmat yang Kau beri ini tidak mampu ku balas, hanya diri ini yang mampu ku serahkan kepadaMu, terimalah aku ya Allah.
Didedikasikan monolog ini buat mujahidah-mujahidah Islam di seluruh dunia,
11.16 am, Kaherah
23/6/2013
Sya'ban
Tiada ulasan:
Catat Ulasan