Jumaat, 4 Jun 2010

Tarbiyah itu Lama

Satu hari yang cukup bermakna, memberi pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga.Itulah sebenarnya, kita hanya merancang allah yang menentukan. Walaupun boleh dikatakan sehari suntuk kami berada di atas jalan, mane tidaknya perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 4 jam, kami bertolak pada jam 5.15 pagi dan pada jam 1.00 tengah hari kami sudah bertolak untuk pulang. Alhamdulillah kami pergi dan balik dengan selamat.

Al-kisah yang mahu dikongsi, bukan untuk menyalahkan sesiapa. Tetapi sebagai peringatan buat diri , dan insyallah kepada pembaca amnya.

********

Seusai sampai di Kuala Lumpur, kami terkandas dalam kesesakan jalan raya lebih kurang sejam. Maklumlah kami jarang-jarang pergi K.l, jadi tak tahu jalan pintas. Main ikut 100% papan petunjuk jalan. Sehinggakan kami terpaksa pusing beberapa kali atas jalan yang sama kerana tersalah masuk lorong. Itulah salah satu punca keterlewatan sampai sebenarnya.

TERSALAH INFORMASI dalam pengetahuan kami, kami akan berarak dari tabung haji ke kedutaan turki.Kami dengan yakinnya membuat keputusan "kita tunggu diaorang kat sini lah" pada anggapan kami, kami adalah orang yang terawal sampai tabung haji.hehe.....

DI TABUNG HAJI kami gembira sangat ,kerana di sana terdapat beberapa ikhwah dan akhawat yang pada anggapan kami, sama tujuan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja pergi bersalaman, dek kerana rasa malu tiba-tiba menyerang. Kami duduk sebentar, sekadar melepaskan lelah.Hanya mensedekahkan senyuman walaupun sebenarnya mengharapkan teguran. Tapi kecewa...

Hati terkesima,
Raut wajah yang mengukir senyuman,
Terpadam sedikit demi sedikit,
Tiada sambutan salam,
Tiada senyuman mesra,
Hanya berbalas-balas pandangan,
Yang tidak tahu apa makna tersirat di sebaliknya

HUSNUZHON kata orang: " kalau tak kenal, maka tak cinta". Mungkin itu yang dirasakan.Kami sangat berterima kasih kepada 2 orang hamba allah yang telah menghilangkan keresahan hati kami dan telah menjadi muqaddimah pada ta'aruf kami..tapi mereka sebenarnya darimana.....??....dan nak ke mana sebenarnya...??ataupun senasib dengan kami...??
Kami yang dalam kebingungan mengatur langkah, pergi menegur dengan harapan akan terjalin satu hubungan insyaAllah semata-mata kerana allah. Tapi.... tak tahu kenapa hati terasa tawar. kenapa? kenapa? kenapa?

Teringat satu post Ustaz Rushdan yang bertajuk " Ukhuwah dimana Silapnya"
http://nasihatku.wordpress.com/
kata-kata beliau yang cukup memberi peringatan buat diri ini:

"Jika suasana ukhuwwah yang dibentuk dalam mana-mana kumpulan atau Jamaah untuk ahlinya sahaja, sedangkan dalam masa yang sama meniupkan ruh permusuhan atau suasana kebencian terhadap kumpulan atau individu muslim lain atas apa saja alasan seperti menjaga kesatuan dan keutuhan Tanzim maka sebenarnya dia sedang membentuk suasana Taassub dan perbuatan itu adalah dilarang oleh Allah dan RasulNya malah merosakkan tujuan asal dia berjamaah atau bertanzim"

******

Kata-kata yang mudah untuk di fahami, tetapi berat untuk dipraktikkan. Tetapi dalam keadaan kami yang tak terfikir pun akan bertemu, lagi-lagi pada waktu itu 2 orang dalam kalangan kami memakai pakaian yang berlambangkan satu harakah.
"Bukan taasub sebenarnya, tapi thiqah pada ketua(jemaah)"kata seorang kakak. Akhirnya, kami mendapat arahan supaya terus bergerak ke kedutaan Turki. Pelbagai persoalan timbul, "kak kenapa kita tak buat sama-sama demostrasi ni?" katanya :"Tujuan kita tak sama". Mungkin dengan cara sebegini, akan terlaksanalah dua tugas dalam satu masa. Kedua-duanya akan membuahkan hasil yang sama, insyallah.
Umpama kita bahagikan tugas la.



KEDUTAAN TURKI laungan semangat dari seorang akh,betul-betul menaikkan semangat jihad para rijal yang hadir....
KHAIBAR,KHAIBAR YA YAHUD!!!
JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD!!!

kebanyakan yang hadir memakai pengikat kepala yang tertulis END THE SIEGE..

Ingatlah usaha dakwah itu merupakan tindakan proaktif yang bermula dari dalam ke luar (inside out) dan tarbiyah itu lama, bukan setahun dua.Tetapi bertahun-tahun. Jangan salahkan Barat dan Zionis sekiranya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menjajah pemikiran dan budaya umat islam. Tetapi salahkanlah diri kita kerana tidak mentarbiyah diri secara istiqamah."Islah nafsik wa ud'u ngaira'" bagi saya, memperbaiki diri bukan terhenti, tatkala kita dapat menyeru orang, tetapi ia berterusan hingga akhir hayat.

Tarbiyah lah diri kita daripada sifat berburuk sangka,sikap menjatuhkan saudara seislam, pilih kasih dengan kelompok tertentu,dan semua sifat-sifat mazmumah.Belajarlah untuk memahami, bersifat terbuka dan belas kasihan pada saudara seislam. Apabila hak(kebenaran) menguasai hati, akal dan nafsu dengan sendirinya batil(palsu) akan tersingkir.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan katakanlah, kebenaran telah datang dan kebatilan telah lenyap , dan sesunguhnya yang batil itu pasti akan lenyap" (surah Al-Isra' 17:81)

********

Nasihat untuk diri dan para pembaca sekalian, berukhuwahlah dengan saudara seislam yang halal bagi kita. Seumpama dia sahabat kita, yang sudah kenal lama. Jauhilah sikap pilih kasih , kerana itu akan mendatangkan fitnah yang besar buat diri,dan juga insan disekeliling kita. Juga ia bertentangan dengan tujuan dasar yang dibawa oleh islam, iaitu Akhlak yang mulia.


~Ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik~

Tiada ulasan: